Taktik Mencuri Guna Losyen Berjaya

Beberapa lelaki warga asing menggunakan taktik meletakkan losyen kepada mangsa sebelum mencuri di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, Jumaat lalu.

Seorang lelaki kerugian lebih RM3,000 selepas beg sandang dilarikan selepas mangsa berusia 20-an itu dikatakan baru saja menukar wang tunai mata wang asing sebelum menyedari belakang baju dan tangannya terdapat cecair dipercayai losyen.

Menurut sumber, mangsa kemudian ke tandas untuk mencuci kotoran berkenaan.

“Ketika berada di tandas, mangsa meletakkan beg sandangnya berhampiran sinki. Dia kemudian dihampiri seorang lelaki dipercayai warga asing berdasarkan cara percakapannya yang kononnya mahu membantu mangsa membersihkan kotoran itu.

“Pada mulanya mangsa menolak bantuan itu namun dia tetap membantu sebelum mangsa menyedari ada dua lagi lelaki masuk ke tandas dan berdiri berhampiran beg sandang berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik selesai mencuci kotoran terbabit, dia menyedari beg sandangnya yang diletakkan di sinki hilang termasuk kelibat ketiga-tiga lelaki berkenaan yang dipercayai sudah keluar beberapa minit sebelum itu.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada pengawal keselamatan di pusat beli-belah berkenaan. Mangsa mengesyaki cecair dipercayai losyen itu diletakkan oleh individu sama yang melarikan beg sandangnya.

“Lelaki itu kehilangan wang tunai RM200 dan komputer riba yang dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya yang memaklumkan mangsa turut memuat naik status berhubung kejadian itu di Facebook. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago