Sofi Jikan ‘Disengat’ Polis

Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan yang terkenal dengan tagline ‘kasi sengat!!’ ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Perintah reman tiga hari berakhir Jumaat dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 48 tahun itu.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

“Alhamdulillah syukur…pengalaman yang amat menarik,” katanya sebaik beliau ditahan reman.

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, berkata, beliau rasa bahagia kerana mendapat ‘team’ (kumpulan) yang baik.

“Guys…Malaysia is wonderful (Kepada semua, Malaysia menakjubkan) ,” katanya ketika disoal pemberita sebelum dibawa pegawai penyiasat kes dan beberapa anggota polis.

Terdahulu, Sofi Jikan yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada jam 11.25 pagi.

Suspek yang diiringi anggota polis keluar dari bilik reman 30 minit kemudian.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam semalam ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dua laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya yang juga dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Semalam, Sofi Jikan ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kes penyalahgunaan dadah bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek ditahan selepas hadir di balai polis untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

“Ujian air kencing secara rawak dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dan kami menahan dia jam 11 malam (semalam) selepas suspek memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, video Sofi Jikan di ‘bergurau’ dengan wartawan turut tersebar di media sosial.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago