Pelawak Kantoi Hisap Ganja

Pelakon komedi ditahan selepas pihak polis menemui ganja seberat 7.50 gram dan alat untuk menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati, Gombak, semalam.

Dalam serbuan pada 1 tengah hari, polis turut menemui alat untuk mengisar daun ganja.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, tangkapan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju berdasarkan maklumat.

“Sepasukan lima anggota pergi ke sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat yang diterima dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.

“Lelaki itu kemudian mengambil sendiri satu beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 7.50 gram,” katanya.

Katanya, turut ditemui dalam beg berkenaan, satu alat pengisar disyaki untuk mengisar ganja.

“Turut dirampas satu botol plastik yang diubah suai disyaki peralatan menghisap dadah jenis ganja.

“Berdasarkan siasatan awal lelaki berusia 26 tahun berkenaan mengaku mengambil bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

“Pelakon berasal dari Perak itu juga mengaku mengambil dadah sejak enam bulan lalu.

“Keputusan saringan ujian air kencing belum diperolehi dan lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

5 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

56 mins ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

1 hour ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

4 hours ago