Parody Trailer Avengers Tarik Perhatian Pengarah

Biarpun filem adiwira Avengers: Infinity War belum ditayangkan di Malaysia, namun pengikut siri filem adaptasi komik Marvel itu nampaknya tidak sabar menanti pembukaan tayangannya yang dijangka bermula April ini.

Kini, debarannya semakin dirasai dengan kemunculan video parodi bagi trailer filem itu yang dihasilkan sekumpulan pelajar Malaysia sehingga tular di media sosial.

Video trailer ‘bajet rendah’ yang dimuat naik menerusi akaun Twitter Aiman Sany pada Ahad lalu telah menarik perhatian ramai termasuk dua beradik yang mengarahkan filem berkenaan, Russo Brothers  iaitu Anthony Russo dan Joe Russo.

Semuanya bermula apabila Aiman menulis di Twitter: “Siapa yang buat lebih baik, Marvel Studios? ia kemudian dibalas oleh Russo Brothers: “Aiman, anda semua genius. Anda ‘available’ untuk mengarah filem Avengers 5?”

Aiman Sany Mohd Ikhsan, 20, yang mengikuti pengajian A Level di Kolej Mara Seremban berkata, video parodi itu dibuat sempena tugasan kelas mereka, kira-kira dua minggu lalu.

“Tugasan ini dibuat sempena subjek Inggeris yang memerlukan kami membuat apa saja video secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing.

“Trailer filem Avengers yang terbaharu menjadi pilihan kerana secara kebetulan kami seramai 12 orang memang meminati siri filem itu,” katanya kepada mStar Online.

Walaupun nampak terhibur, tetapi Aiman menjelaskan sebenarnya pembikinan video itu begitu mencabar, terutama mereka tidak mempunyai pengalaman dalam pengarahan video.

“Kami perlu pastikan mimik setiap babak dengan tepat supaya nampak kemas, malah teknik pencahayaan juga dititikberatkan. Paling susah adalah mengedit video,” katanya sambil menambah bahawa proses menghasilkan video tersebut mengambil masa lima hari.

Mengenai respons Russo Brothers, kesemua pelajar itu sehingga kini tidak menyangka video mereka mendapat komen pengarah filem berkenaan, yang dianggap sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

“Tentulah kami terkejut, tak tahu nak cakap apa… tak terkata. Tapi kami sedar yang kami ni biasa-biasa saja. Tak naklah syok sendiri, apapun terima kasih,” katanya.

Aiman yang berasal dari Ampang memberitahu semua props menggunakan barang-barang sedia ada bagi meniru gaya seperti pinggan, penyepit baju, jag dan tin biskut.

Malahan semua kostum adiwira dalam siri ketiga filem Avengers itu direka menggunakan pakaian dan barangan peribadi seperti selimut dan beg guna semula.

Aiman yang melakonkan watak Thor dan Black Widow dalam video parodi itu berkata, mereka hanya membeli sekotak bijirin coklat bagi menggambarkan pasukan tentera sedang mara untuk berperang.

“Itu saja bajet yang kami keluarkan. Jadi sebab kami dah beli dan tak nak membazir, lepas rakam, kami simpan setiap butir makanan tu.

“Kami tengok balik rakaman tu dan tanya okay ke babak yang dah rakam tu. Bila semua kata okay, kami semua apa lagi… okay makan! Sayanglah kalau tak makan… rugi, setiap sen yang dibelanja tidak akan dibazirkan,” katanya secara berseloroh.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

17 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

19 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

21 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

22 hours ago