Jurusolek Mohan Maaf Sebarkan Gambar Fatimah Az-Zahra

Hasrat murni seorang jurusolek untuk berkongsi kegembiraan dengan memuat naik foto bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang padah apabila dia dikecam netizen.

Wan Noor Akmal Wan Yusof, berkata, dia sudah meminta maaf secara terbuka tentang kesilapannya terhadap penyanyi dan suami Siti iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

“Saya mengaku bersalah dan sudah meminta maaf secara terbuka. Saya sendiri terkilan dan tidak tahu perkara itu sesuatu yang dirahsiakan.

“Saya akui terlalu fanatik dengan penyanyi itu dan ingin berkongsi kegembiraan dengan orang lain,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Sebelum ini, foto anak sulung penyanyi lagu Segala Perasaan itu menjadi perhatian apabila ia tular di media sosial tidak sampai 24 jam penyanyi itu bersalin secara pembedahan.

Foto berkenaan dikongsi Wan Noor Akmal selepas dia menerimanya dari seorang rakan di WhatsApp. Bagaimanapun, status dan foto itu dipadamkan selepas menerima kecaman netizen.

Gara-gara tindakan itu, netizen lain mengambil pendekatan menyebarkannya di laman sosial masing-masing menyebabkan ia terus menjadi tular.

Dalam pada itu, dia menafikan dakwaan tindakannya adalah bertujuan mengambil kesempatan.

“Ramai yang salah anggap bahawa saya nak ambil kesempatan tapi tidak. Saya tiada niat sebegitu,” ujarnya.

Selain itu, dia juga mengaku terpaksa menutup akaun Facebook buat sementara bagi meredakan kemarahan orang ramai.

Siti Nurhaliza bergelar seorang ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin lalu.

Penyanyi Segala Perasaan itu melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi.

Dalam masa seminggu bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Selepas kelahiran itu Datuk K mengumumkan akan berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka dalam satu sesi khas namun hasrat itu musnah.

Sumber : MStar

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

15 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago