“Saya Tidak Ada Kena Mengena Dengan Berita Palsu Tersebut” – Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan penyebaran berita palsu oleh sebuah blog yang mendakwa beliau menggunakan maklumat secara tidak sah semata-mata untuk mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Siti, 39, menafikan dakwaan tersebut yang turut menggunakan gambar dan namanya selain meminta masyarakat agar tidak terpengaruh dengan berita palsu berkenaan.

“Berita ini terdapat di dalam sebuah blog iaitu blogspotcentral.com dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya berita di atas (jika dirujuk kepada saya) dan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan diri saya.

“Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini,” tulisnya di laman Instagram.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini, kini sedang berpantang selepas melahirkan anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Menerusi posting tersebut, Siti memuat naik paparan skrin berita berbahasa Inggeris bertajuk ‘Sita Nurhaliza Being Sued After Using Illegal Information To Make Millions (Sita Nurhaliza didakwa menggunakan maklumat tidak sah untuk mengaut jutaan)

Dalam berita itu, mereka menggunakan foto penyanyi ini namun namanya dieja sebagai Sita Nurhaliza dan bukannya Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Siti turut mempersoalkan motif berita palsu ini disebarkan oleh pemilik blog berkenaan.

Malah, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penulisnya jika tidak memadam berita itu.

“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut? Saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang pertanyaan ramai orang mengenai berita tersebut.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya kerana saya tidak ada kena mengena langsung dengan berita tersebut.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan akan merujuk kepada pihak yang lebih arif,” katanya.

Sumber : Instagram Siti Nurhaliza

Recent Posts

  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

20 mins ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

3 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

4 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

4 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

5 hours ago