fbpx
Now Reading
Tinggal Anak Keseorangan Dalam Wayang Tengah Malam

Tinggal Anak Keseorangan Dalam Wayang Tengah Malam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Mereka adalah amanah yang wajib dijaga sebaik mungkin oleh ibu bapa sebagai tanda kesyukuran mendapat harta dunia akhirat ini. Tambahan pula, tidak semua pasangan berkahwin dikurniakan anak di alam rumah tangga.

Telah banyak kita dengar keselamatan anak tergadai kerana kecuaian ibu bapa. Walaupun mungkin sudah ditakdirkan, sebagai orang tua, penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana malang tidak berbau.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya terjumpa anak kecil dalam pawagam di Kuantan baru-baru ini. Pada mulanya anak itu dilihat dihantar ke dalam wayang dan pasangan dipercayai ibu bapanya itu menonton di bahagian belakang wayang. Rupa-rupanya mereka ke panggung lain menonton filem berbeza.

Apabila habis movie, anak itu kelihatan terpinga-pinga hingga ditegur wanita yang melihat kejadian itu. Ibu bapa anak tersebut telah berpesan supaya menunggu di depan panggung. Wanita itu kemudiannya meminta si kecil itu menunggu di kawasan yang boleh dilihat kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak ke mana-mana.

Apa yang tambah mengejutkan adalah waktu yang sudah lewat iaitu 12 tengah malam dan ibu bapanya sanggup membiarkan anak keseorangan demi menonton filem. Wanita itu turut meluahkan rasa kecewanya kepada ibu bapa yang seolah tidak belajar dari pelbagai insiden malang sebelum ini.

Seorang saksi di tempat kejadian turut berkongsi cerita sama untuk mengesahkan perkara itu bukan direka-reka pengadu

Diharap kejadian ini memberi pengajaran kepada kedua ibu bapa tersebut dan juga kepada ibu bapa yang membaca article ini. Banyak kejadian culik yang berlaku pada zaman kini malah boleh berlaku di depan mata.

Kredit : FB Maya zehra

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.