Individu Gurau Melampau Tayang Payudara Rakan Harus Dikenakan Tindakan

Bergurau dengan menayang payudara tanpa rasa segan silu di tempat awam sebelum perbuatan itu lalu dimuat naik di laman sosial.

Itu antara tindakan memalukan dilakukan dua individu yang dipercayai melakukan gurauan melampau di sebuah restoran.

Video berdurasi 10 saat yang menjadi tular sejak kelmarin menunjukkan seorang wanita berperwatakan lelaki sengaja menarik baju rakan `wanitanya’ sehingga menampakkan payudara

Penganalisa Jenayah terkenal, Kamal Affendi mendakwa terkejut dengan penyebaran video itu yang jelas keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Menurutnya, perbuatan itu dikategorikan sebagai ‘exhibitionist’ di mana si pelaku akan merasa puas apabila gambar atau videonya dirakam dan dimuatnaik dalam laman media sosial untuk tatapan umum.

“Si pelaku seolah-olah sudah hilang rasa malu. Perbuatan ini sama seperti lelaki yang menunjukkan kemaluan kepada wanita atau melakukannya di tempat awam.

“Dalam forensik psikiatri kita menggelarkannya sebagai `exhibitionist’ atau pameran,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Menurutnya, video itu memaparkan seorang wanita berperwatakan lelaki duduk di kerusi di hadapan seorang `wanita’ di sebuah restoran sebelum secara tiba-tiba menarik baju rakan `wanitanya’ hingga menampakkan payudara.

`Wanita’ berkenaan yang terkejut kemudian segera menutup payudaranya menggunakan tangan sebelum mengatakan video itu berisiko itu akan menjadi tular.

Kamal berkata, tindakan undang-undang wajar diambil terhadap pelaku atas kebiadapannya dan juga kepada individu yang memuat naik video itu kerana menyalahgunakan laman sosial dengan kandungan jelik.

“Individu yang merakam video ini dan pemilik tubuh wajar dikenakan tindakan lebih keras kerana melakukan kelucahan di tempat awam sekiranya ia berlaku di negara ini,” katanya

Sumber : Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

16 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

18 hours ago