Caprice Inginkan Jawapan Selepas Pegawal Peribadinya Disaman Kerana Merokok

Biarpun seluruh kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya sudah diwartakan sebagai bebas dan larangan merokok pada 2014, masih terdapat orang awam yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Terkini, penyanyi rap Caprice memuat naik video mengenai pengawal peribadinya dikenakan kompaun di R&R Temerloh, Pahang pada Ahad kerana kesalahan merokok di luar tandas kawasan tersebut.

Caprice menerusi video itu menunjukkan surat denda tersebut yang didakwanya telah dikeluarkan oleh seorang pegawai yang tidak beruniform.

Enggan melatah, Caprice berkata kepada mStar Online bahawa tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang larangan berkenaan dan bukannya mahu mempersoalkan bidang tugas pegawai di pejabat kesihatan.

“Ramai yang merungut di R&R dan saya rasa serba salah kerana tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu (pegawai tanpa uniform).

“Jadi, saya muat naik video di Instagram untuk mendapatkan jawapan daripada mereka yang lebih arif,” katanya yang dalam perjalanan menuju ke Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu untuk menyampaikan ceramah motivasi Jihad in Education.

Melalui video tersebut, Caprice bertanya: “Boleh ke orang bagi saman tanpa pakai uniform? Adakah ia dibenarkan?”

Penyanyi rap itu berasa masih ramai orang awam yang tidak mengetahui tentang larangan tersebut dan berharap tiada lagi rakyat Malaysia yang keliru sekiranya mereka dikenakan kompaun oleh pegawai yang tidak memakai uniform.

Penyanyi lagu ‘Xde Hal Bro’ itu juga mendakwa dia tidak menggalakkan orang awam untuk merokok, namun memahami kebanyakan mereka berbuat demikian untuk kekal berjaga ketika memandu terutamanya bagi perjalanan yang jauh.

“Ada pengikut saya di Instagram yang bertanya jika mereka tidak boleh merokok di R&R, di manakah mereka boleh berbuat begitu?

“Saya berpendapat perlu ada zon yang dikhaskan untuk merokok seperti yang terdapat pada beberapa bangunan komersial. Mungkin ia akan menyelesaikan masalah dan kekeliruan,” jelas selebriti itu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mewartakan R&R sebagai kawasan bebas dan larangan merokok termasuk kawasan makan dan tandas.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda antara RM250 dan RM500.

Sumber : Mstar, Instagram Caprice

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

5 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago