Rakyat Malaysia Puji Menteri Jadi Imam

Gambar Menteri Pendidikan yang baharu dilantik Dr Maszlee Malik mengimamkan solat tular di media sosial.

Dalam satu posting gambar di Facebook Khalifah Media Networks, Maszlee dilihat memakai baju hitam dan sedang mengimamkan solat bersama pegawai-pegawainya di bangunan kementerian, Rabu.

“Saja nk share…hari ini kat surau tiba-tiba menteri pendidikan turun mengimamkan solat Zohor.

“Terkejut pegawai-pegawai. Selama ni even KPPM pun tak pernah turun surau tu, ni tiba-tiba YB menteri jadi imam lagi, Alhamdulillah,” demikian keterangan yang ditulis pada gambar tersebut.

Difahamkan gambar yang dimuat naik itu dikongsi oleh salah seorang staf Kementerian Pendidikan dan setakat ini telah dikongsi lebih 2,000 kali di Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Maszlee.

“Pemimpin yang baik perlu tunjuk tauladan yang baik supaya diikuti oleh rakyat. Solat tiang agama, baik solat baiklah agamanya. Kerana solat membentuk peribadi pemimpin,” tulis Zaim Alias.

Abdul Wahid Yunus menulis: “Kita berharap menteri-menteri yang beragama Islam akan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia bahawa perubahan yang beginilah yang diimpikan rakyat. Semoga istiqamah YB Maszlee.”

Dr Maszlee, 44, yang berpengalaman sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah bekas Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UIA dan juga seorang aktivis sosial yang bergerak atas landasan Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Pada Isnin, anggota Parlimen Simpang Renggam itu adalah antara 13 ahli Parlimen yang mengangkat  sumpah sebagai menteri kabinet baharu.

Sumber :  Mstar

Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

2 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

4 hours ago