fbpx
Now Reading
Mereka Bukan Merompak Atau Lanun!

Mereka Bukan Merompak Atau Lanun!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada siapa dapat menyangkal keindahan Pulau Semporna yang memiliki kejernihan air laut bak kristal hingga mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpukau.

Pulau tersebut dihuni suku Bajau Laut yang hidup secara nomad di atas sampan dan telah menjadi sebahagian daripada identiti pulau yang digelar ‘Segi Tiga Terumbu Karang’ itu.

Namun, imej Pulau Semporna tercalar selepas video berdurasi 50 saat yang menunjukkan beberapa kaum Bajau Laut memanjat bot pelancong tular sejak beberapa hari lalu.

Melalui video tersebut, kelihatan beberapa wanita dan kanak-kanak Bajau Laut memanjat bot berkenaan untuk merebut makanan yang dibawa penumpang.

Pulau Tetagan (SEA GIPSY)

Berikutan video yang tengah tular sekarang ini,Saya, amirah ingin menyatakan situasi sebenar yang berlaku dalam video ni. video ni sya sendiri yang record sendiri pada 28 june 2018 jam 10.06 pagi. Untuk pengetahuan saya tak pernah post video ni di mana-mana tempat kecuali dengan dua orang sahaja. Saya tak tahu pihak mana yang post video ni tanpa pengetahuan sya. ceritanya macam ni, masa ni kami berada di tetagan untuk island hoping. kmi pergi 4 tempat tempat, first ke tetagan, kedua ke bohey dulang, ketiga ke mantabuan dan yang last ke pulau sibuan. dalam video ni,Auntie ni nak bahagi-bahagikan makanan tu dengan diorang, tp diorang pula berebut. Awal-awal lagi saya dah infom dan briefing dengan group ni kalau nak bawa makanan nak bagi-bagi dengan mereka di tetagan nanti boleh, tak bagi pun boleh. Sebab diorang ni aggresive. diorang ni kalau kita tak bgi apa2 pun ok jak, cuma kalau di bagi mereka akan berebut-rebut. MEREKA BUKAN PEROMPAK, PENYAMUN ATAU LANUN. Kalau tidak diberi makanan atau lain2 mereka pun tidak memaksa juga.begini ceritanya, Diorang ada bawakan makanan kering sebab nak bagi-bagi dengan mereka seperti megie,keropok-keropok tapi apa yang jadi mereka semua berebut. memang bgni yang akan jadi tiap kali kita bagi mereka makanan. bagi bagus-bagus pun tetap juga berebut, Dalam vidoe ni saya ada larang mereka supaya jangan bergaduh(berebut) "DA'A KAM BAGBONOK" dalam bahasa bajau ????. Saya tegaskan ya saya ada larang mereka dalam bahasa yang mereka faham. kalau speking melayu pun mana diorang paham kan. So kena guna bahasa yg boleh dorang faham. Saya siap bg signal supaya auntie tu stop bg mereka sbb takut akan lebih ramai yg datang. lepas dr tu kami teruskan perjalanan keliling kampung diorang.Untuk maklumat tambahan, jangan risau mereka tak makan orang, tak pernah lagi ada kes ada orang mati lemas gara-gara begini, tiada lagi kes perahu karam gara-gara mereka duduk dekat boat, tak da lagi kes guest jadi zombie lepas dr pulau ni. Alhamdulillah semua ok dan selamat juga. Jangan risau mereka tidak makan orang juga. saya suka petik kata-kata yang kawan saya post sebelum saya kena block dari page tu. . "baiknya dtg sendiri melihat keadaan di pulau tersebut daripada mengecam✌️."peace no warsekian, Magsukulamirah admin pakej pulau semporna9 julai 2018

Posted by Pakej Pulau Semporna on Monday, 9 July 2018

Selepas video tersebut tular dan mendapat kecaman teruk daripada netizen, pemilik sebenar rakaman itu tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Ejen pelancongan bebas, Amirah Amir Hamzah, 24, berkata, dia berharap tiada pihak yang membuat andaian sendiri tanpa mengetahui tentang budaya masyarakat Bajau Laut dan situasi sebenar yang berlaku ketika video tersebut dirakamkan.

Amirah yang enggan netizen salah faham dengan perkara itu menegaskan melalui sebuah posting di Facebook bahawa mereka yang terdapat dalam video tersebut bukan perompak, penyamun atau lanun.

“Sebelum semalam (Isnin), saya tidak pernah muat naik video itu di mana-mana laman sosial kecuali berkongsi rakaman itu dengan dua individu lain.

“Tidak pasti siapa yang sebarkan video itu dan ada pula pihak yang memuat naik ke Facebook dengan penerangan berbaur negatif,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Kata wanita yang berasal dari Pulau Semporna itu, dia enggan mengulas lanjut mengenai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan memasukkan aktiviti memberi makanan kepada penduduk Bajau Laut dalam pakej percutian yang ditawarkannya.

Bagi Amirah, mereka yang tidak memahami budaya suku Bajau Laut yang masih hidup mengamalkan sistem barter untuk mendapatkan sesuatu pasti sukar untuk menerima situasi berkenaan.

Jelasnya, kadangkala penduduk Bajau Laut tersebut akan menggunakan barangan yang diberikan oleh pelancong untuk bertukar sesama mereka.

“Saya tidak tahu nak komen macam mana. Mereka memang begitu kalau diberi makanan, akan berebut-rebut.

“Tapi kalau tidak beri pun, mereka okay sahaja. Air laut pun tidak kotor, tidak nampak pula mereka buang sampah merata-rata. Setakat ini tiada lagi pelancong yang cedera bila mengalami kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, ejen pelancongan tersebut memberitahu bahawa dia akan membuat laporan polis berhubung penularan video berkenaan kerana khuatir jika ada pihak yang membuat ugutan terhadapnya.

Sumber : Mstar 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.