fbpx
Now Reading
Wanita Ini Bagi Pengajaran Pada Anaknya Yang Membuli Dengan Cara…

Wanita Ini Bagi Pengajaran Pada Anaknya Yang Membuli Dengan Cara…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita memaksa anaknya memakai kemeja T yang tertulis ‘I Am Bully’  ke sekolah selepas mendapat tahu kanak-kanak lelaki itu menggelar rakan sekelasnya ‘bodoh’.

Kanak-kanak itu diminta ibunya untuk memakai baju yang membawa maksud ‘saya pembuli’ bagi memberi pengajaran kepadanya supaya tidak membuli rakan lain di sekolah.

Wanita yang dikenali sebagai Star itu memuat naik gambar anaknya dengan baju itu di laman sosialnya tetapi terpaksa dipadam berikutan permintaan netizen yang menuduh tindakannya itu kejam.

Bagaimanapun, Star tetap percaya tindakan yang diambilnya itu merupakan antara kaedah pembesaran lama dan ingin mengajar anaknya yang berusia 11 tahun itu untuk lebih bersikap baik.

Jelasnya juga, kesan dari kaedah pengajarannya itu, anaknya kini bersikap lebih baik terhadap orang sekelilingnya serta tidak lagi membuli.

“Saya bertanya apa dia belajar daripada pengalaman itu. Dia berkata, ia menimbulkan rasa tidak senang dalam dirinya menyebabkannya turut tidak mahu sesiapa rasa tidak senang kerana perbuatannya.

“Memang itulah pengajaran yang saya mahukan untuknya,” akhirnya.

Sumber: Dailymail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.