Jangan Panik Dengan Servis DuitNow

Sekiranya anda merupakan pengguna servis perbankan CIMB, kami yakin anda mungkin mengetahui mengenai servis DuitNow yang sering diiklankan melalui SMS yang diterima. Servis yang dibuat ini turut tular di media sosial yang mengatakan CIMB telah ‘melanggar’ perjanjian dengan sengaja ‘menjual’ nombor kepada pihak ketiga iaitu DuitNow.

Isu ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai lebih skeptik dan fobia dengan perbankan CIMB yang mungkin terdedah scam sekaligus membuat laporan kepada SKMM.

Melihat kepada isu ini yang kian menular, salah seorang pengguna Facebook iaitu Nik Faris Haikal turut berkongsi pandangan beliau mengenai CIMB serta servis DuitNow yang dijalankan ketika ini.

 

Menurut beliau mereka yang membuat laporan di SKMM ini tidak membaca terlebih dahulu syarat-syarat yang dinyatakan CIMB sebelum mendaftar. Menurut FAQ yang dikeluarkan CIMB, syarikat perbankan ini telahpun mengumumkan kerjasama mereka bersama servis DuitNow yang bakal dipromosikan dalam platform SMS.

Tujuan SMS yang dihantar ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai dimana para pengguna CIMB tidak lagi perlu mendaftar servis DuitNow kerana para pengguna bakal didaftarkan secara terus. Segala maklumat yang diterima servis DuitNow turut dinyatakan adalah daripada pendaftaran CIMB.

Untuk pengetahuan semua, DuitNow merupakan serbuah servis yang dikendalikan oleh syarikat Payments Network Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini turut menguruskan servis-servis DirectDebit, FPX, Interbank GIRO, JomPAY dan MyDebit.

ANTARA SERVIS LAIN YANG TURUT MENGGUNAKAN SERVIS DUITNOW

Servis-servis ni semuanya selamat dan telah lama digunakan oleh bank-bank lain secara tidak langsung membuktikan servis DuitNow sememangnya selamat. Malah, servis seperti ini turut digunakan oleh beberapa bank begara lain seperti Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia.

Berdasarkan perkongsian penulis, sepanjang beliau menggunakan servis seakan DuitNow semuanya selamat-selamat belaka dan tidak mempunyai masalah. Inisiatif yang dibuat ini sekaligus membuktikan Bank Negara Malaysia cakna dengan arus permodenan perbankan.

Diharap masalah ini tidak lagi menjadi masalah buat pengguna CIMB sekaligus mengelakkan daripada para netizen panik serta menyalahkan pihak bank.

Sumber : The Vocket

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

10 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

10 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

10 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

10 hours ago