Seram…RM8 Yang Diterima Dari Pelanggan Rupanya Daun Kering?

Pada zaman moden ini jangan terasa pelik sekiranya kejadian pukau berlaku pada seseorang

Pukau atau dalam bahasa Arabnya, as-sihru atau sihir, bermaksud sesuatu benda yang mampu memukau orang. Dalam al-Quran disebut `saharu a’ yunan nas’, bermaksud mereka menyihir pandangan mata manusia. Sebab itulah, pukau adalah salah satu bentuk sihir.

Ilmu pukau sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah yang mana bertujuan meletakkan mangsa untuk berada dalam keadaan separa sedar memudahkan penjenayah mengambil kesempatan seperti melarikan wang dan barang kemas mangsa.

Pukau boleh berlaku dalam pelbagai cara seperti hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, bersalaman, melalui angin, menepuk belakang dan lain-lain.

Amalan pukau juga dikaitkan dengan penggunaan perantara iaitu jin. Sama ada orang yang mengamalkan itu sedar ataupun tidak, hakikatnya ia sudah terikat dengan jin menerusi mentera-mentera yang dibaca.

Maka mentera-mentera ini akan `menjadi’ selepas ditiup ayat tertentu atau disentuh kepada seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan separuh sedar dan mengikut segala kehendaknya.

Seorang pengguna Twitter, @Nadnarcotic telah berkongsikan kisah tentang suaminya yang bekerja sebagai pemandu Grab dipukau oleh seorang nenek tua. Nenek tua tersebut telah membayar tambang pengangkutan itu dengan daun dan bukan wang ringgit.

Baca perkongsian tersebut di bawah:

Suami saya buat Grab hari ini. Apabila dia pulang, dia beritahu saya tentang daun-daun ini. Daun-daun ini sepatutnya merupakan wang untuk tambang. Suami saya yakin bahawa dia menerima wang sebenar tetapi ketika dia memeriksa dompetnya, itu bukan wang. Terdapat 8 daun mewakili tambang RM8.

Dan dia merasakan ada yang tidak kena pada pelanggannya itu. Pelanggannya itu mungkin warga Indonesia berdasarkan caranya bercakap. Saya tidak pasti sama ada dia adalah manusia ataupun tidak.

Kepada semua yang bertanya, suami saya kata dia tidak boleh menyemak profil pelanggannya itu, termasuk ‘rating’ Hanya boleh tengok butiran perjalanan tu je. Atau ada cara lain? Tetapi nama pelanggannya ialah Indacasto.

Penulis memilih untuk menganggap insiden tersebut sebagai pukau dan bukan sebab “perkara” lain

Suami penulis telah membawa pelanggannya itu ke kawasan tanah perkuburan Cina

Siap guna promo code!

Berhati-hati pemandu Grab di luar sana!

Sumber : Twitter, Seismik

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

12 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

13 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

13 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

15 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago