fbpx
Now Reading
Emma Maembong Bercinta Dengan Abang Syed Saddiq

Emma Maembong Bercinta Dengan Abang Syed Saddiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas berakhirnya hubungan cinta dengan Kamal Adli, kini Emma Maembong dikatakan sedang hangat menyulam kasih dengan seorang jajaka kacak, Syed Abdullah juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Menerusi Instagram, Emma telah berkongsi sekeping gambarnya bersama Syed ketika bercuti di Dubai, berserta dengan ucapan hari lahir buat jejaka itu. Dalam ucapan itu juga turut disertakan dengan bunga mawar.

Difahamkan Emma juga turut hadir bersama ahli keluarga Syed menyambut ulangtahun kelahirannya di Johor semalam. Malah gambar romantis Emma menyuap kek turut dimuat naik Syed di Instagramnya.

Menurut pemerhatian kami, hubungan ‘teman tapi mesra’ Emma dan Syed sudah berlangsung beberapa bulan lalu. Malah banyak gambar mereka bersama meluangkan masa dimuat naik oleh Syed.

Biarpun sehingga kini masih tiada jawapan dari kedua pihak namun ramai mengandaikan Emma sudah temui pengganti Kamal Adli. Jika benar apa salahnya, tak payah bercinta lama, terus kahwin saja! (

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.