Sufian Suhaimi Terima Anugerah Most Admired Leaders

Penyanyi popular Sufian Suhaimi telah dipilih sebagai penerima anugerah Most Admired Leaders (Pemimpin Paling Dikagumi) bagi kategori hiburan di Asia Awards 2019 yang akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur 26 Ogos ini.

Pada mulanya, dia tidak percaya apabila menerima emel dan dia sangkakan itu hanyalah skim penipuan. “Saya ingatkan ia skim penipuan. Rupa-rupanya anugerah itu memang ada,” kata Sufian Suhaimi.

“Selepas mereka menceritakan secara terperinci kepada saya mengenai anugerah itu, barulah saya tahu.

“Yang pasti, saya bersyukur terpilih sebagai satu daripada penerima kategori itu. Ada beberapa calon penerima lain berdasarkan bidang masing-masing dan saya terpilih untuk kategori hiburan,” katanya.

Penyanyi itu juga berharap dapat membanggakan rakyat Malaysia dengan penghargaan di peringkat antarabangsa itu.

“Saya sangat berbesar hati dapat menerima anugerah di peringkat antarabangsa mewakili negara. Saya berharap anugerah ini akan meletakkan nama Malaysia di peta dunia,” katanya.

Asia Awards 2019 yang dianjurkan Herald Group berpusat di Mumbai, India itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sempena Malaysia Global Business Symposium 2019.

Penganjuran acara itu bertujuan memberi penghargaan dan meraikan usahawan atas usaha kepimpinan serta memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Sumber: Harian Metro

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago