fbpx
Now Reading
Rumah Terbakar Kerana Rokok

Rumah Terbakar Kerana Rokok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Khairul Anizar Embi, 35 tahun, yang tidak menyedari puntung rokok dibuangnya masih berasap, sebelum ia tiba-tiba membakar tilamnya lalu membakar seluruh isi rumahnya.

Dalam kejadian kebakaran kira-kira 1.50 petang Sabtu di sebuah rumah tingkat dua di Pangsapuri Seri Sena, Kangar itu, mangsa yang baru terlelap, bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap memenuhi ruang rumahnya.

Khairul yang masih trauma berkata, semuanya berlaku dengan pantas dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan berharga.

“Saya balik kerja nak rehat tengah hari, masuk masuk dalam rumah tu cucuh cucuh rokok terus tidur atas sofa.

“Sambil hisap, rokok tu ada pada tangan dan (saya) tak sedar (puntung itu) terjatuh atas kain cadar. Selepas itu, sedar-sedar sahaja asap (dah) banyak dan saya terus lari keluar,” katanya.

Kata mangsa, dia cuma penyewa di rumah itu dan tinggal seorang diri setelah ibunya yang terbabit dalam kemalangan, meninggal dunia pada Februari lalu.

Sehingga kini, dia tidak dapat membuat anggaran mengenai jumlah sebenar kerugian. Mangsa belum membuat apa-apa perancangan dan akan menumpang di rumah saudara terdekat.

Sumber: Awani

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.