Insiden dimana budak meniarap atas cermin belakang sebuah kereta Toyota Vios yang sedang bergerak di Pasir Gudang kini dalam siasatan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengguna media sosial tentang kejadian tersebut susulan viralnya klip video kejadian yang telah di muat naik di laman Facebook ‘Komuniti Taman Scientex’
‘Perbuatan yang dilakuan mereka dan pemandu adalah berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain” kata Supt Ismail seperti dilaporkan Star Online.
Polis kini sedang giat mengenal pasti identiti pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden berkenaan, dan katanya lagi siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan itu membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri serta orang lain.
Beliau turut mengesa orang ramai yang mempunya sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut , untuk menghubungi talian telefon polis negeri di 07-2212999 atau melaporkan kejadian tersebut di mana-mana balai polis berdekatan.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…