
Ayah & Anak Pilot Kini Bahagia Terbang Bersama
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah seorang ayah yang juga seorang juruterbang berpengalaman yang nekad berhenti kerja setelah hampir 40 tahun terbang bersama syarikat terbabit telah menarik perhatian warga Twitterjaya.
Tapi kenapa?
Beliau dilaporkan berhenti kerja semata-mata untuk mengejar peluang fly bersama dua lagi anaknya yang juga merupakan juruterbang komersial namun di syarikat yang berbeza.
Tiada yang lebih penting dari impian seorang ayah untuk terbang bersama anak-anaknya sebelum persaraan sehingga sanggup mengorbankan pangkat sebagai Juruterbang Senior dan waktu penerbangan yang pastinya sudah mencecah ribuan jam dan kini hanya bergelar Juruterbang muda. Tabik Kapten!
Kicauan dari salah seorang anak beliau , Safia Anisa setakat ini sudah mendapat 73 ribu likes dan 53 ribu perbincangan.
This man left the company he's been w for 40 years, started fresh as a junior, got a new rating at the age of 58, just so he could fly w 2 of his annoying daugters. I cannot tell you how grateful i am for this. Alhamdulillah, i finally got to fly w my abah! :') pic.twitter.com/NQGGO4ucLO
— Safia Anisa (@SafiaAnisa) July 12, 2019
Twitterjaya tersentuh hati dengan cerita tersebut dan ramai yang mendoakan segala yang terbaik untuk mereka bertiga. Apa yang pasti semenjak kicauan ini viral ramai rupanya yang mengenali dan pernah dilatih oleh si Ayah. Satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Tahniah kalian bertiga . Semoga terus maju ke hadapan.