fbpx
Now Reading
Hadiah Terbaik Anak Pengembala Kambing Untuk Ibu Bapanya

Hadiah Terbaik Anak Pengembala Kambing Untuk Ibu Bapanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

http://www.facebook.com/590015750/posts/10157230804490751/

Kisah mengenai seorang pelajar yang bekerja-keras sebagai cleaner sambilan di Universiti tempat beliau belajar semata-mata untuk membiaya tiket penerbangan buat ibu bapanya hadir ke majlis graduasi amat menyentuh hati ramai pihak .

Dahlah dapat tengok anak bergraduasi di depan mata, segala perbelanjaan penerbangan ditanggung pula oleh si anak! Umpama mendapat 2 hadiah dalam satu masa. Tindakan yang patut di contohi oleh anak muda zaman ini.

Foto : Muhammad Afiq

“Saya nak umi dengan baba datang masa saya graduation. Umi dengan Baba tak pernah naik kapal terbang. Saya nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan saya sampai saya berjaya tamatkan pelajaran “ – Muhammad Afiq

Kisah Muhammad Afiq Ismail, pelajar tajaan JPA di United Kingdom yang di kongsikan oleh  sahabat beliau, Khairul Aiman Hamdan kini viral dan mula menjadi buah mulut netizen.

Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.” –Khairul Aiman Hamdan

Gambar Throwback
Foto : Khairul Aiman Amdan

Muhammad Afiq kini sudah pun menamatkan pengajian dan sudah sah bergelar Graduan Kelas Pertama, Kursus Perakauan dan Kewangan dari University Of Essex, UK . Dia difahamkan akan mula bekerja di salah satu BIG 4, iaitu 4 syarikat perakauan terbesar di dunia.

Semoga sukses buat Afiq, dan teruslah berbakti untuk ibu dan ayah anda. Tahniah dari kami.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.