Doa Viral Jadi Isu, Ini Jawapan Neelofa

“Niat saya ikhlas, saya cuma mahu berkongsi dan jika perkara itu menjadi manfaat untuk orang lain, saya rasa sangat bersyukur,” kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa, 30, ketika ditanya mengenai doanya yang tular di laman sosial menjadi pertikaian sesetengah pihak.

Baru-baru ini, doa yang dikongsi oleh pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini di rakaman program Naura Shares edisi haji menjadi viral di laman sosial.

Disebalik penularan terbabit, ada beberapa pihak yang mempertikaikan perkara positif itu dan membuat perbandingan dengan doa yang dikongsi oleh ustaz.

“Semestinya agamawan lebih mempunyai ilmu agama, jadi tidak adil jika membuat perbandingan.

“Bagi saya, jika perkara itu baik, tiada salahnya untuk ia ditularkan dan dipanjangkan. Saya dapat berkongsi dengan semua orang.

“Saya sendiri tak tahu ia menjadi viral. Apabila ramai pihak yang berkongsi, saya merasakan itu adalah susunan Allah dan di luar kuasa saya,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui di sesi media Lofa Brand di pejabat urusan Naelofar, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah pengacara MeleTOP ini, dia sering menjadikan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed sebagai contoh yang baik setiap kali dia mahu menyampaikan doa.

“Saya dan ahli keluarga lain suka mendengar doa yang keluar dari mulut ibu saya. Doa terbabit keluar dengan spontan dan sedap didengari.

“Jadi, sebelum saya berdoa, saya terlebih dahulu telah mengarang doa yang saya mahukan dan saya mengamalkannya.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa mendoakan saya agar menjadi contoh yang baik untuk masyarakat.

“Saya rasa bertuah dan beruntung kerana doa ibu amat mujarab dan tiada hijab,” katanya menutup perbualan.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

12 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

14 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

14 hours ago