Seorang cikgu baru-baru ini memuat naik kisah menarik di sebalik majlis resepsi beliau yang berlangsung pada tahun 2017. Cerita yang mungkin biasa bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi golongan pendidik. Kalau diberi layanan sebegini pasti terkenang sampai bila-bila.
Cikgu Samuel Isaiah, Guru Bahasa Inggeris SK Runchang, Muadzam Pahang yang boleh dikatogerikan sebagai individu yang kuat berjuang untuk pendidikan anak Orang Asli, menceritakan kisah yang berlaku dua tahun yang lalu ini bermula apabila ada anak murid beliau yang mendapat tahu tentang beliau yang akan berkahwin.
Dalam sekelip mata cerita tersebut tersebar dan anak murid Samuel yang teruja mula merancang untuk turun hadir ke majlis perkahwinan cikgu kesayangan mereka. Wah mereka yang seronok lebih ! Haha.
Terharu dengan semangat anak-anak didik beliau , Samuel nekad untuk memastikan hajat mereka tercapai. Beliau turut menerangkan secara terperinci segala bentuk persiapan yang beliau dengan bantuan rakan guru, lakukan dalam memudahkan urusan anak-anak itu untuk ke majlis. Yelah jaraknya 100km, bukan dekat kan ? Itu pun ada yang terpaksa menaik bas lompat semata-mata untuk sampai ke lokasi majlis.
Mengenai keadaan dalam majlis pula, segalanya berjalan lancar apatah lagi dengan kehadiran ‘anak-anak’ beliau. Perkara yang paling membuat kan dia terharu adalah apabila beliau dan isteri serta para tetamu dihadiahkan sebuah persembahan tarian oleh anak-anak tersebut; satu memori indah yang pastinya akan beliau ingati sampai bila-bila.
Saya tidak akan melupakan anak-anak ini kerana hidup saya tidak seperti dulu semenjak bertemu mereka – Samuel Isaiah
Apa yang kita boleh nampak disini adalah betapa akrabnya hubungan antara murid-murid dan guru-guru sehinggakan hampir 100 murid orang asli yang hadir ke majlis resepsi beliau. Satu angka yang agak banyak sejujurnya. Sudahlah perjalanan yang agak jauh ,pergi balik memakan hampir 200km! Cikgu kegemaran sahaja biasanya yang boleh sampai ke tahap macam ni. Salut untuk mereka! Salut juga untuk Cikgu!
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…