Now Reading
Berita Baik! Diskaun 50% Saman Trafik Sempena Hari Kemerdekaan

Berita Baik! Diskaun 50% Saman Trafik Sempena Hari Kemerdekaan

Ini berita baik buat anda di luar sana yang memiliki saman trafik tertunggak, ini saatnya untuk anda lunaskan saman anda. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi diskaun sehingga 50% bagi saman trafik pada 3 dan 4 Ogos dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad mengatakan bahawa terdapat enam kaunter yang akan dibuka untuk pembayaran saman trafik tersebut. Bagi anda yang ingin membayar saman trafik, anda boleh ke Dataran Pahlawan pada waktu tersebut.

Akan tetapi, diskaun tersebut tidak sah untuk saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.