Now Reading
Gagal Bolos Daripada Penjara, Lelaki Ini Bunuh Diri Selepas 3 Hari Ditangkap Semula

Gagal Bolos Daripada Penjara, Lelaki Ini Bunuh Diri Selepas 3 Hari Ditangkap Semula

Mungkin anda selalu melihat filem penjahat menyamar sebagai orang lain untuk melepaskan diri dari penjara. Tapi jangan terperanjat apabila perkara ini sebenarnya betul-betul berlaku dalam dunia sebenar.

Penyamaran itu dibuat selepas Clauvino da Silva, 42 tahun menerima kunjungan daripada anaknya, Ana Gabriele serta 7 ahli keluarganya yang lain. Clauvino cuba keluar dari penjara berkenaan sebagai anaknya, lapor pihak berkuasa pada hari Ahad yang lalu.

Menurut laporan daripada New York Times, seorang ketua gangster sindiket dadah gagal dalam cubaan melarikan diri daripada penjara selepas menyamar sebagai anak perempuannya.

Namun pada Selasa selepas 3 hari ditangkap semula, Clauvino telah ditemui mati di bilik tahanannya. Dia menggunakan cadar untuk menggantung dirinya sehingga mati.

Clauvino cuba lari daripada salah sebuah penjara paling ketat di barat Rio de Janeiro.

Clauvino ketika ditangkap sedang menyarungkan pakaian wanita dan berambut palsu. Beliau turut meyarungkan topeng muka yang diperbuat daripada silikon untuk memberikan ilusi wajah wanita. Penyamarannya hampir-hampir berjaya cuma topeng berkenaan nampak pelik dan menyebabkan beliau tertangkap.

See Also

Pengawal penjara mula curiga apabila dia dikelilingi tujuh pelawat wanita yang seolah-olah mahu melindunginya ketika berjalan keluar. Ketika cubaan membawa keluar Clauvino, anak perempuannya, Ana Gabriele dikatakan sedang bersembunyi di dalam penjara berkenaan.

Bahan bukti penyamaran

TOPENG SERTA BAJU YANG DIGUNAKAN CLAUVINO DA SILVA UNTUK LARI DARI PENJARA

Semua yang bersubahat dalam misi tersebut ditahan termasuk anak perempuan Clauvino. Ini bukanlah cubaan pertama Clauvino melarikan diri dari penjara. Pada tahun 2013, beliau bersama 31 banduan lain berjaya meloloskan diri dari pusat tahanan Vicente Piragibe Penal Institute melalui saluran pembetong kumbahan sebelum ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.