Kisah 3 Ogos 1996 , Satu Semenanjung Malaysia Bergelap

Melainkan anda seorang yang duduk di dalam gua mengekalkan gaya primitif, dan memang sudah terbiasa hidup bergelap, pasti anda bersetuju kalau kami kata kan sumber elektrik adalah satu benda asas yang kita sebagai manusia perlu ada.

Tanpa sumber eleketrik pasti aktiviti rutin kita akan terganggu, apatah lagi kebanyakan alatan moden masa kini yang kita gunakan turut memerlukan sumber elektrik untuk berfungsi. Insiden yang melanda bandar Jakara baru-baru ini, mengingatkan penulis tentang kejadiaan yang sama yang pernah berlaku di negara kita.

Tahukah anda seluruh semenanjung Malaysia pernah bergelap 23 tahun yang lalu selama 12 jam? Untuk generasi muda mungkin mereka tak tahu tapi bagi yang lahir pada awal 90an dan sebelumnya, pasti masih ingat kisah tersebut bukan?

Kejadian pada 3 Ogos 1996, 6 tahun selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) diswastakan dari Lembaga Letrik Nergara(LLN) ini dikatakan berpunca dari kerosakan pusat janakuasa di Paka, Terengganu menyebabkan semua stesen janakusa di seluruh semenanjung gagal membekalkan kuasa eletrik.

Keadaan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang menjadi tidak tentu hala,  aktiviti orang ramai terbantut, dengan sistem lalu lintas yang tergendala, malah lebih parah lagi aktiviti komersial negara lumpuh. 

Gambar sekadar hiasan Foto :moeslimchoice

Anggaran kerugian yang ditanggung oleh pengilang pada hari tersebut sahaja ialah RM 123 Juta mengikut pengiraaan yang dilakukan Persatuan Pekilang –Pekilang Malaysia (FMM). Malah pihak TNB sendiri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 13.6 juta dan Rm 10 juta tambahan bagi kerosakan peralatan.

Bagi mengelakkan insiden yang merugikan semua pihak ini terjadi lagi, kerajaan kemudiannya telah meluluskan lima penghasil kuasa untuk menyertai perniagaan penjanaan elektrik. Ini secara tidak langsung menyebabkan saham utama TNB jatuh mendadak.

Walaupun insiden ini sudah 23 tahun berlaku, namun tak mustahil untuk ia terjadi lagi. Adakah anda sudah bersedia ? Baca artikel ini sebagai persediaan tiada bekalan eletrik. Mana tahu berguna!

Recent Posts

  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago