Ramai Risau Dengan Kandungan Amyra Rosli Apabila Guna Buah Nanas Dalam Gulai Lemak Ketam

Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat ‘tajam’ bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati pelakon, Amyra Rosli.

Amyra kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.

“Laa kita masak lemak ketam letak nanas ramai DM tanya mengandung bole makan nanas? Tak tajam ke?

“Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?

“Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.

“Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.

“Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau,” terang Amyra.

Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.

“Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nanas dalam makanan. Terima kasih kalian.

“Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay,” tambahnya.

Mitos nanas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.

Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nanas dan punca keguguran.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago