Saya Bukan Bodoh Nak dera Anak Sendiri – Elvina Isu Foto Ikat Anak Dengan Tape

Bermula dari gurauan, foto anak elvina yang dimuat naik di IG yang memperlihatkan bayi itu diikat dengan pita pelekat akhirnya memakan diri sendiri kerana dituduh mendera anaknya , Karl Mateen oleh sebilangan netizen yang  dikatakan tidak senang hati dengan perilakunya.

Rata-rata pengikutnya di IG menyifatkan tindakan Elvina itu tidak bertimbang rasa dan seakan-akan menganiaya bayi kecil tersebut yang tidak tahu  apa-apa.

Terkejut dengan tuduhan tersebut Elvina atau nama sebenarnya Nurzalina Mohamad tampil mempertahankan dirinya  dan menjelaskan dia lansung tiada niat mendera anak nya sendiri seperti yang didakwa netizen.

“Tak sangka apabila saya post gambar itu di Instagram, ia menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana dera anak. Mereka ini sangat melampau!

“Takkan lah saya nak dera anak saya sendiri, ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir? Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benda yang tak betul?

“Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri, nak bagi anak sendiri terseksa. Saya pun pelik, saya upload hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan isu besar” kata Elvina kepada Mstar .

Menurut Elvina lagi, selain mendapat kecaman hebat dia juga turut diugut oleh netizen untuk membuat laporan polis mengenai foto tersebut. Merasakan isu tersebut sengaja diperbesarkan oleh netizen, aktres itu bagaimanapun tidak menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tentang nya.

“Ada yang siap DM saya ugut nak buat report polis. Saya rasa mereka sengaja nak besar-besarkan isu itu sampai nak report polis. Kalau mereka betul-betul mahu buat report polis, silakan. Saya boleh bawa anak saya sekali pergi balai polis.”

Posting yang menjadi isu tersebut bagaimanapun telah dibuang oleh Instagram gara-gara di report oleh netizen.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago