Ini Punca Sebenar Mark Adam Pulang Ke Filipina- Hadiahkan Banglo Untuk Ibunya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau sebut nama Mark Adam, pasti semua orang tebayangkan tutur kata dan gaya percakapannya yang bersahaja. Itu sudah cukup membuat orang ramai tergelak ketawa tak kering gusi dibuatnya. Selebriti versatil kelahiran Filipina ini bukan sahaja pandai melawak, malah juga pandai menyanyi, berlakon dan kini sedang menceburi dunia perniagaan dengan membuka pusat latihan vokal miliknya sendiri yang beroperasi di Neo Damansara
Baru-baru ini kami ada menyiarkan artikel mengenai Mark Adam dan Isterinya, Norazah Redzuan yang terbang pulang ke Cebu, Filipina semata-mata untuk menghadiahkan ibunya TV yang dibawa terus dari Malaysia . Baca artikel di sini
Namun kami difaham kan itu bukan punca sebenar Mark Adam dan isteri pulang ke kampung halamannnya, sebaliknya mereka berdua ada satu lagi kejutan yang lebih besar buat ibunya; sebuah rumah!
Mark semalam melalui Instagramnya telah berkongsikan satu video yang benar-benar menyentuh hati semua orang, termasuk rakan artis iaitu video kejutan yang dia lakukan untuk ibunya dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo tidak jauh dari rumah sewa ibunya.
Kalau dilihat reaksi ibu nya yang bagaikan terpinga-pinga bila ditunjukkan rumah berkenaan, malah Mark turun menyatakan yang ibu nya masih tidak mempercayai yang rumah itu miliknya.
Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa keluarga Mark di Cebu dahulunya tinggal dalam keadaan yang daif, dengan serba kekurangan. Keadaan itu jugalah yang menyebabkan Mark nekad untuk meninggalkan Filipina dan berpindah ke Malaysia pada ketika itu.
“Ketika zaman kanak-kanak, kami pernah tinggal di perkampungan setinggan yang hanya berlantaikan pasir, tanpa perabot, mahupun katil dan tilam.
“Saya berjanji dengan emak apabila besar, saya akan belikan dia sebuah rumah. Janji itu dibuat pada 1996” – Mark Adam
Rata-rata netizen dan rakan artis memuji tindakan terpuji pelawak itu yang sentiasa mengutamaka kebajikan ibunya, tidak kurang juga yang mengatakan sikap nya memang patut di contohi oleh masyarakat.
Tahniah Mark, anda memang seorang anak yang baik. Tahniah juga Ezan, anda juga seorang isteri dan menantu yang baik. Hanya Allah yang bisa membayar semua jasa-kasa kalian berdua atas usaha membahagiakan ibu dan keluarga Mark.