Siti Nurhaliza Tetap Pendirian Tidak Mahu Bertanding AJL-34

Meskipun lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, Anta Permana dikatakan bakal dipertandingkan untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun hadapan, Siti menegaskan dia masih memegang kata-katanya dahulu yang mahu berehat dari pertandingan nyanyian.

“Setakat ini, saya memang tetap dengan pendirian dan kata-kata saya untuk tidak bertanding lagi.

“Kalau ikutkan saya memang nak berehat, saya pun dah bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini saya belum terbuka hati untuk menyertai AJL34,” 
ujarnya ringkas.

Siti berkata demikian di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert mini SimplySiti dengan kerjasama Shopee bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre malam tadi.

Pada permulaan konsert tersebut, Siti tidak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu Jerat Percintaan kerana sebak terkenangkan zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.

“Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi ‘pendua’ saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya.

“Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan pengorbanan emak dan arwah abah.

“Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi kerana saya memang tak boleh menyanyi kerana sedih,”
 tuturnya lagi.

Selain Jerat Percintaan, Siti turut memukau penonton dengan lagu-lagu hit seperti Wajah Kekasih, Ku Mahu, Anta Permana dan banyak lagi.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal tampil dalam sebuah konsert penghargaan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah yang bakal diadakan 14 dan 15 November ini.

“Berdasarkan perbincangan, saya akan menjadi salah seorang artis undangan dalam konsert tersebut.

“Saya mahu menyertainya sebagai satu tanda sokongan untuk mengenang jasa Pak Ngah yang telah banyak membantu saya sejak bergelar penyanyi,”
 tambahnya.

Sumber : Gempak.com

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago