Jerebu Hanya Akan Berakhir Pada Hujung September Atau Awal Oktober – Meteorologi Malaysia

Jerebu yang teruk melanda sebahagian dari negara kita hanya akan berakhir seawal-awalnya pada hujung September atau awal Oktober depan.

Dipetik dari Kosmo, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Jailan Simon dalam satu kenyataannya menjangkakan keadaan ini akan berakhir apabila angin monsun barat daya tamat.

Indeks IPU setakat pagi ini 18 Sept 2019 Sumber : APIMS

“Kini angin monsun sedang bertiup ke arah kita dan apabila cuaca panas melampau meyebabkan kawasan hutan di Kalimantan terbakar mengundang jerebu yang tebal ke arah kita disebabkan tiupan angin itu.

“Pihak kami menjangkakan perkara ini akan berakhir pada penghujung bulan September atau bulan Oktober nanti apabila peralihan angin berlalu,” katanya yang dihubungi pihak Kosmo.

Arah tiupan angin Monsun Barat Daya

Turut Jailan lagi, pihaknya sedang giat melakukan usaha pembenihan awan di sekitar kawasan yang tinggi kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Sebelum ini usaha pembenihan awan telah dilakukan di Sarawak pada 12 September diikuti beberapa kawasan lain seperti di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan pada 15 September.

Operasi Pembenihan Awan yang menggunakan pesawat TUDM C-130 Hercules

Beliau bagaimanapun menyatakan yang usaha ini hanyalah usaha sementara dan bukan untuk penyelesaian jangka panjang.

“Kelmarin juga kami telah melaksanakan perkara yang sama di kawasan semenanjung seperti di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, namun ini hanyalah usaha sementara bukan penyelesaian jangka panjang,” jelasnya.

Sarawak negeri paling terjejas teruk Foto : Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak

Beliau turut menyatakan yang  pihak Meteorologi  Malaysia akan terus melakukan usaha pembenihan awan pada setiap kawasan  yang masih terjejas teruk oleh jerebu.

Dalam satu lagi laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, Menteri Luar  Datuk Saifuddin menjelaskan yang barisan Kabinet akan membincangkan penyelesaian bagi masalah jerebu pada pagi ini (18 Sept)

Beliau turut menjangkakan yang laporan terkini mengenai jerebu akan dibentangkan pada  oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

11 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

13 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

14 hours ago