Now Reading
Ada Lemak Babi Dalam Wang Kertas Malaysia?

Ada Lemak Babi Dalam Wang Kertas Malaysia?

Boleh dikatakan wang ringgit merupakan salah satu keperluan penting dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, baru-baru ini sangat mengejutkan apabila wang ringgit Malaysia didakwa mengandungi lemak babi.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Prof Dr. Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi lemak babi.

Menurutnya lagi, maklumat itu diperoleh daripada salah seorang pemain industri itu sendiri yang mendakwa ada menggunakan lemak babi dalam proses penghasilan wang kertas negara.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata pihaknya sudah memanjangkan perkara itu kepada Bank Negara Malaysia dan kini sedang mengkaji dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar sampel wang kertas Malaysia dihantar ke makmal kerana perkara sama pernah dibuat kertas dolar Amerika Syarikat.

Hasil kajian sangat mengejutkan kerana terdapat DNA babi dan kuman e-coli di dalam wang kertas berkenaan.

See Also

“Kes terdapatnya DNA babi dalam wang kertas kita, kalau kita sampelkan dan hantar kepada makmal.

“Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia namun di Amerika Syarikat pun mereka telah kumpul wang kertas mereka daripada orang ramai dihantar ke makmal universiti untuk melihat apa yang ada pada wang kertas mereka,” katanya lagi.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.