fbpx
Now Reading
Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ditanya kepada pekerja yang bakal bersara, masing-masing sudah mempunyai rancangan tersendiri untuk mengisi hari persaraan mereka dengan aktiviti harian.

Ada yang memilih untuk berehat terlebih dahulu atau mengisi masa lapang dengan aktiviti kegemaran.

Ada juga yang memilih untuk menggunakan masa tersebut dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui cara menghadirkan diri ke masjid atau majlis ilmu.

Selain masjid, ada yang memilih untuk mengikuti pengajian agama di sekolah pondok yang dahulunya sinonim dengan kanak-kanak.

Hantar Ibu Masuk Asrama Di Sekolah Pondok

Menerusi video di akaun TikTok @kak_fuzi, kelihatan seorang wanita yang merupakan ibu pemilik video berkenaan mendaftarkan diri ke sebuah asrama bagi mengikuti pengajian agama.

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Apa yang menjadi perhatian adalah suasana asramanya yang bersih, menarik dan selesa serta lengkap dengan perabot seperti sebuah rumah.

Malah, persekitaran kawasan tersebut kelihatan mengujakan kerana berdekatan dengan surau dan memudahkan pergerakan pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada warga emas.

Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM900 merangkumi sewa bilik dan pengajian namun makanan ditanggung sendiri oleh individu.

Manakala tempoh pengajian pula bergantung kepada kemampuan fizikal, mental dan kewangan seseorang.

@kak_fuzi

Pondok Pengajian YAYASAN al MUHAMMADIAH

♬ original sound – NUR N NUR – NUR N NUR
@kak_fuzi

Pondok Pengajian YAYASAN al MUHAMMADIAH

♬ original sound – NUR N NUR – NUR N NUR

Ramai Teruja & Rancang Mahu Habiskan Usia Tua Dalami Ilmu Agama

Video yang telah mendapat tontonan lebih 500 ribu itu mengujakan warganet yang melihat. Rata-rata daripada mereka teruja dengan suasana dan keadaan pondok tersebut.

Malah, kebanyakan daripada mereka tidak menyangka ada sekolah pondok khusus untuk warga emas dan telah merancang untuk menghabiskan hari tua dengan mengisi ilmu agama di pondok sebegitu.

Ada juga warganet yang turut berkongsikan pengalaman ahli keluarga yang pernah mengikuti pengajian dan tinggal di pondok tersebut.

Berikut antara komen warganet:

Lawanya Asrama

Memang Dah Ada Niat Nak Duduk Sini Bila Pencen, Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik

Seronok, Masa Tua Terisi Dengan Ilmu Amal, Tua-Tua Nanti Nak Ke Sini Juga

Hari Ke-5 Mak Saya Duduk Dekat Pondok, Saya Pergi Ziarah Dia, Bukan Main Lagi Dia Seronok

Alhamdulillah, Sekarang Saya Dah Tak Takut Berdepan Dengan Hari Tua Walaupun Sendirian

Emak Saya Nak Duduk Tempat Macam Ni, Tapi Saya Risau Orang Kata Saya Buang Emak

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Sanctuary Dedah Kepentingan Kognitif & Kesejahteraan Mental Selepas Bersara

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pesara Yang Ingin Kembali Bekerja, Had Umur Persaraan di Malaysia Wajar Diperhalusi Semula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.