fbpx
Now Reading
Cikgu Fadli Salleh Pilih Untuk Bersara Awal, Bukan Kerana Kecewa Dengan KPM

Cikgu Fadli Salleh Pilih Untuk Bersara Awal, Bukan Kerana Kecewa Dengan KPM

Menurut Cikgu Fadli meskipun sudah bersara sebagai guru, namun dia tetap akan terus menyuarakan pendapatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut mengenai Cikgu Fadli Salleh pasti ramai yang akan mengingatinya terutama di kalangan para pendidik kerana pernah mencetuskan kontroversi apabila dia dengan lantang mengkritik sistem pendidikan di negara ini.

Nama guru ini sekali lagi menjadi perhatian apabila mengumumkan memilih untuk bersara awal. Pengumuman mengejutkan itu dimaklumkan oleh guru tersebut menerusi satu hantaran di Facebook.

Sudah berkhidmat lebih 17 tahun sebagai pendidik

Menerusi hantaran itu, Cikgu Fadli mendedahkan dia telah mula berkhidmat sebagai pendidik bermula 3 Januari 2006 di sebuah sekolah rendah di Pekan, Pahang sebelum berpindah ke SK Taman Melawati 2 dan seterusnya ke SK 1 Gombak.

“Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiasa ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri (bersara),” tulisnya dalam hantaran itu.

Pada hantaran sama, Cikgu Fadli turut berkongsi beberapa foto memaparkan dirinya sepanjang menjadi pendidik termasuklah satu gambar kain rentang yang meraikan persaraannnya ‘Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Sempena Persaraan Mohd Fadli Mohamed Salleh’.

Berita persaraannya itu kemudian telah mendapat perhatian daripada netizen yang terkejut dengan pengumuman berkenaan dan mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fadli.

“Sangat terkejut. Hilang seorang guru yang banyak memberi manfaat. Moga dipermudahkan segala jalan cikgu lepas ni”

“Cikgu sedih sangat baca berita malam ini. Semoga yang baik-baik sahaja buat cikgu dan keluarga”


Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM

Dalam satu lagi hantaran, Cikgu Fadli turut menjelaskan persaraan awalnya itu bukan kerana dia kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebaliknya dia sangat sayangkan KPM serta dunia pendidikan.

“Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati. Saya tak mahu jadi tetamu yang biadap terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” ujarnya.

Kata Cikgu Fadli lagi, dia masih meneruskan bidang pendidikan namun di haluan yang berbeza selain akan sentiasa menyuarakan pendapatnya.

“Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa juga salah silap.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.