fbpx
Now Reading
Cikgu Fadli Gesa Kerajaan Pinda Akta Yang Sekat Suara & Kreativiti Guru [Video]

Cikgu Fadli Gesa Kerajaan Pinda Akta Yang Sekat Suara & Kreativiti Guru [Video]

Mengenai perancangannya selepas ini, Cikgu Fadli menyatakan akan membuat kelas secara dalam talian selepas perayaan Aidilfitri melalui Facebook dan TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Guru terkenal, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang baru-baru ini tular mengenai persaraan awalnya telah menggesa akta dan pekeliling kerajaan yang menyekat penjawat awam termasuk guru daripada menyuarakan pandangan untuk dimansuh atau dipinda.

Mohd Fadhli atau lebih mesra disapa Cikgu Fadhli itu berkata demikian semasa bersiaran langsung di akaun Facebook miliknya semalam (7 Februari).

Akta sebegitu sekat guru suarakan pandangan dan kreativiti mereka

Menurutnya, akta seumpama itu menyekat guru sebagai pelaksana dasar pendidikan dalam menyuarakan pandangan mengenai kelemahan yang dilihat dan membataskan mereka daripada menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.

Dakwa Cikgu Fadli, disebabkan akta yang terlalu menyekat, semakin ramai guru termasuk yang mempunyai prestasi tinggi telah menyuarakan hasrat untuk besara awal seperti dirinya.

“Saya harap akan ada perubahan terhadap akta ini supaya penjawat awam boleh membuat teguran. Kita bukan mahu memburukkan kerajaan, kita hanya nak menegur kesilapan dasar mereka.

“Kita ini ialah pelaksana (dasar) dan kita paling tahu di mana salahnya, tapi suara orang paling tahu ini disekat. Akhirnya, (pelaksanaan dasar) menjadi semakin caca marba, teruk dan rosak.

“Jangan lagi ada budaya punitif, menguatkuasakan akta yang tidak sepatutnya dilaksanakan. Akta itu mungkin perlu dimansuh atau diubah suai, yang memberi keringanan kepada guru menyuarakan pandangan dan kelemahan secara berfakta, bukan untuk menghentam,” katanya.

Cikgu Fadli bersara awal kerana tidak mahu berlaku biadap terhadap dunia pendidikan

Menjawab pertanyaan mengenai punca bersara awal pula, Cikgu Fadli menjelaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana tidak mahu menjadi biadap terhadap dunia pendidikan yang sangat disayanginya itu kerana sikapnya yang sering memberi teguran atas sebarang kelemahan yang dilihat.

Menurut Cikgu Fadli lagi, niat tersebut telah bermula sejak dua tahun lalu selepas beliau hampir dibuang atas tindakannya mengkritik sistem pembelajaran di sekolah sekaligus menyedari yang dirinya banyak terikat walaupun berkata benar.

“Keputusan bersara ini bukan keputusan semalam atau bulan lalu. Saya memohon untuk bersara setahun awal dan mengikut prosedur yang sebetulnya supaya tidak menyusahkan rakan, sekolah dan murid saya.

“Jangan salahkan KPM (Kementerian Pendidikan). Jujur saya sayangkan KPM dan dunia pendidikan, cuma seperti yang saya katakan, saya tidak mahu berlaku biadab,” katanya.

Cikgu Fadli rancang buat kelas dalam talian di aplikasi Facebook dan TikTok

Mengenai perancangannya selepas ini, Mohd Fadhli yang mengakui tidak berminat menceburi politik, menjelaskan beliau akan membuat kelas secara dalam talian selepas perayaan Aidilfitri melalui Facebook dan TikTok.

Katanya lagi, beliau juga kini sedang menyiapkan buku latih tubi dan latihan, serta membuat kerja sampingan lain.

Ramai terkejut dengan berita Cikgu Fadli bersara awal

Terdahulu, berita mengenai persaraan Cikgu Fadli mula tular dan menjadi bualan ramai di media sosial selepas guru berkenaan memuat naik hantaran di laman Facebook mengenai hal tersebut.

Selama 18 tahun perkhidmatannya sebagai guru, beliau merupakan antara pendidik kerajaan yang lantang bersuara jika mendapati terdapat kelemahan di dalam sistem pembelajaran sekolah.

Malah pada 2022 lalu, Cikgu Fadhli juga pernah tular dengan kisahnya yang dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Untuk info, di bawah Perkara 19, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai kerajaan tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam berhubung apa-apa dasar, program atau keputusan kerajaan di atas apa-apa isu.

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Fadli Salleh Pilih Untuk Bersara Awal, Bukan Kerana Kecewa Dengan KPM

Baca Artikel Berkaitan: Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Putuskan Cikgu Fadli Tak Bersalah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.