fbpx
Now Reading
“Bring It On!” – Jiran Tak Gentar Ammar Nazhan Nak Saman, Dakwa Ada Bukti Video & Gambar Bukan Tuduh Melulu

“Bring It On!” – Jiran Tak Gentar Ammar Nazhan Nak Saman, Dakwa Ada Bukti Video & Gambar Bukan Tuduh Melulu

Menurut Cikgu Fadli, individu yang mendakwa sebagai jiran kepada YouTuber terbabit telah menjangkakan isu saman akan dibangkitkan dan telah menyiapkan segala bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila YouTuber muda terkenal, Ammar Nazhan telah didakwa melakukan pelbagai masalah di kawasan perumahannya sehingga mengganggu segelintir jiran.

Pendedahan itu dilakukan oleh guru dan juga influencer, Mohd Fadli Salleh atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fadli yang berkongsi aduan tangkap layar tersebut yang diterimanya menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.

Pun begitu, Ammar Nazhan yang mendakwa tuduhan tersebut adalah tidak benar telah menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menuduhnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Duduk Serumah Dengan Awek Tanpa Nikah” – YouTuber Popular Didakwa Buat Masalah, Ganggu Jiran

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Dituduh Tanpa Bukti, YouTuber Terkenal Tak Teragak-agak Untuk Saman Pihak Terlibat

Jiran tak gentar nak disaman oleh Ammar Nazhan

Terbaharu, Cikgu Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berkata jiran kepada Ammar Nazhan itu tidak gentar dengan gertakan saman oleh YouTuber terbabit.

“Oh, Ammar Nazhan nak saman jiran yang cerita kat aku rupanya. Bila jiran itu tahu, dia kata dekat aku ‘bring it on’.

“Saya ada gambar team dia parkir depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak itu.

“Saya ready (sedia) semua bukti-bukti sebelum bagitahu cikgu. Nak saman? Silakan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Ammar Nazhan dan jirannya itu tinggal di sebuah taman perumahan mewah di Cyberjaya, Selangor.

Jiran dan siapkan segala bukti, dah boleh jangka akan ada isu saman

Menurut Cikgu Fadli, individu yang mendakwa sebagai jiran kepada YouTuber terbabit telah menjangkakan isu saman akan dibangkitkan dan telah menyiapkan segala bukti.

“Ammar ni nak gertak orang biasa boleh lah. Tapi nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, golongan T20 yang ada lawyer keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah.”

Mohd Fadli Salleh

Ammar Nazhan dakwa tuduhan kepadanya adalah tidak benar

Terdahulu, Ammar Nazhan menerusi hantaran ‘IG Story’ di akaun Instagram miliknya mendakwa tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan juga ahli kumpulannya itu adalah tidak benar.

Jelas Ammar, dia turut meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu kecaman yang pernah diterimanya dengan tuduhan tidak berasas.

Semakan kami di Instagram Ammar Nazhan mendapati, dia ada membuat pengumuman akan mendedahkan isu berkenaan di akaun Bigo miliknya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.