fbpx
Now Reading
Dakwa Dituduh Tanpa Bukti, YouTuber Terkenal Tak Teragak-agak Untuk Saman Pihak Terlibat

Dakwa Dituduh Tanpa Bukti, YouTuber Terkenal Tak Teragak-agak Untuk Saman Pihak Terlibat

Menurutnya, YouTuber itu meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu kecaman yang pernah diterimanya dengan tuduhan tidak benar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila YouTuber muda terkenal, Ammar Nazhan telah didakwa melakukan pelbagai masalah di kawasan perumahannya sehingga mengganggu segelintir jiran.

Perkara itu dibangkitkan oleh guru dan juga influencer, Mohd Fadli Salleh atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fadli sekaligus membangkitkan kecaman netizen terhadap YouTuber terbabit.

Ammar Nazhan tidak teragak-agak saman pihak tuduh tanpa bukti

Enggan berdiam diri, Ammar Nazhan akhirnya tampil dengan menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menuduhnya tanpa sebarang bukti.

Menerusi hantaran ‘IG Story’ di akaun Instagram miliknya, Ammar Nazhan berkata maklumat yang ditularkan mengenai dirinya dan juga ahli kumpulannya itu adalah tidak benar.

“Info yang dibawa orang luar adalah salah dan penyebaran berita palsu dikeluarkan untuk menjatuhkan imej kami. Jika berani, tolong jumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tidak betul,” tulisnya.

Jangan kaitkan isu kecaman dengan tuduhan tidak benar

Dia dalam masa sama meminta orang ramai agar tidak mengaitkan isu kecaman yang pernah diterimanya dengan tuduhan tidak benar.

“Saya tahu saya sendiri pernah dikecam isu fries. Tapi, mohon jangan kaitkan isu kecaman yang pernah saya kena dengan tuduhan yang tak betul.

“Lagi banyak mulut orang keluar. Lagi banyak tak betul. Mohon take note,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Ammar Nazhan juga mendakwa individu yang menuduhnya itu telah membayar pihak media untuk menyebarkan berita palsu tentang dirinya.

“Tak suka Am dekat sini lepas itu mula lah buat tuduhan. Cari orang followers ramai sikit, bayar. Mewakili rakan untuk sebar berita palsu. Takpa benda ni mudah, Am ambil tindakan kalau tak berbukti.”

YouTuber, Ammar Nazhan

Terdahulu, Cikgu Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya telah berkongsi beberapa gambar tangkap layar aplikasi perbualan WhatsApp aduan yang dikemukakan seorang individu yang dipercayai sebagai jiran kepada Ammar Nazhan.

Ammar Nazhan didakwa membawa teman wanitanya tinggal serumah selain ahli kumpulannya sering melakukan pelbagai masalah seperti parkir kenderaan di kawasan rumah orang lain dan bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana isu akses kad.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.