fbpx
Now Reading
“Duduk Serumah Dengan Awek Tanpa Nikah” – YouTuber Popular Didakwa Buat Masalah, Ganggu Jiran

“Duduk Serumah Dengan Awek Tanpa Nikah” – YouTuber Popular Didakwa Buat Masalah, Ganggu Jiran

Dakwa individu dalam perbualan WhatsApp itu lagi, YoTuber berkenaan juga dikatakan mempunyai kes melibatkan polis mengenai pecah amanah dan hutang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari makin ramai YouTuber yang lahir di Malaysia. Namun ada beberapa nama yang lebih mudah diingati kerana menghasilkan konten yang lain daripada biasa.

Namun ada juga yang lebih dikenali kerana menghasilkan kandungan berbentuk kontroversi antaranya seperti konten ‘rate & review’ wanita berhijab.

Apa yang mengecewakan golongan ibu bapa adalah konten-konten ini sering menjadi trending dek kerana penciptanya mereka yang gah dan diikenali dalam kalangan anak-anak muda.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Niqab Is Not A Fashion” – Ramai Bengang, YouTuber Buat Konten ‘Rate & Review’ Perempuan Pakai Purdah [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Boikot Mereka” – Ramai Bimbang YouTuber Buat Konten ‘Cintan-Cintun’ Beri Pengaruh Buruk Pada Generasi Muda

Jiran mengadu mengenai YouTuber muda terkenal, dakwa sering buat masalah

Terkini, tular pula apabila beberapa individu mendakwa YouTuber terkenal, Ammar Nazhan sering menimbulkan masalah di kejiranan mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh guru yang juga influencer, Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli.

Cikgu Fadli kongsi gambar tangkap layar perbualan dengan jiran

Dalam hantarannya itu, Cikgu Fadli turut berkongsi beberapa gambar tangkap layar aduan menerusi aplikasi perbualan WhatsApp dipercayai daripada penduduk taman terbabit.

Berdasarkan tangkap layar terbabit, Ammar Nazhan didakwa membawa kekasihnya tinggal serumah meskipun belum mereka berdua belum bernikah.

Lebih mengejutkan, mereka mendakwa Ammar Nazhan juga dikatakan mempunyai kes melibatkan polis mengenai pecah amanah dan hutang.

Tidak hanya itu, pengadu turut mendakwa para pekerja Ammar Nazhan juga sering bertengkar dengan pengawal keselamatan taman perumahan berkenaan kerana isu akses kad.

Selain itu, individu berkenaan juga mendakwa salah sebuah kenderaan dipercayai milik Ammar Nazhan atau pekerjanya juga sering diparkir di hadapan rumah orang lain.

“Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privacy jiran, nak buat studio dekat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang, staf biadab yang asyik bergaduh dengan guard, jam 1:30 pagi duduk preng kereta ekzos bising, parking dekat rumah orang, berdua-duaan dalam gelap dekat taman dan macam-macam hal lagi.”

Mohd Fadli Salleh

Segelintir jiran rasa terganggu dengan sikap Ammar Nazhan dan rakan-rakannya

Difahamkan, individu berkenaan mengadu mengenai sikap YouTuber terbabit bersama kawan-kawannya kepada Cikgu Fadli kerana berasa terganggu.

“Adab tu paling penting dan utama. Duduk hidup setaman, kena la bertolak ansur, hormati jiran tertangga, patuhi hukum agama.

“Dia ni dah la ramai budak-budak dan remaja suka tonton video dia. Pengaruh buruk banyak lah dia bawa dekat anak-anak kita,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.