fbpx
Now Reading
“Boikot Mereka” – Ramai Bimbang YouTuber Buat Konten ‘Cintan-Cintun’ Beri Pengaruh Buruk Pada Generasi Muda

“Boikot Mereka” – Ramai Bimbang YouTuber Buat Konten ‘Cintan-Cintun’ Beri Pengaruh Buruk Pada Generasi Muda

Difahamkan ada yang sudah menegur YouTuber dengan pengikut sebanyak 2 juta itu namun dia bersama ahli kumpulannya tetap berdegil dan mencipta kandungan yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman ini, orang ramai tanpa mengira usia lebih menghabiskan masa menonton filem, drama atau apa sahaja video melalui aplikasi-aplikasi di dalam telefon pintar berbanding di kaca televisyen.

Antara aplikasi yang paling menjadi tontonan ramai adalah YouTube. Jadi tidak hairanlah ia juga dijadikan sumber pendapatan oleh segelintir pencipta kandungan.

Namun, tidak dinafikan ada sebahagian konten yang berada di YouTube telah memberikan pengaruh yang tidak baik kepada penonton terutamanya generasi muda.

Saluran YouTube cipta kandungan tanpa jaga ikhtilat

Seperti baru-baru ini, orang ramai dilihat mula membahas sebuah saluran YouTube yang didakwa mencipta kandungan tanpa menjaga ikhtilat di antara lelaki dengan perempuan.

Tidak hanya itu, konten yang dibuat YouTuber terbabit bersama ahli kumpulannya yang terdiri daripada sekumpulan anak muda lelaki dan wanita juga dikatakan banyak berkisar mengenai hubungan percintaan membabitkan golongan remaja hingga dikhuatiri mampu memberi pengaruh tidak sihat kepada generasi muda.

YouTuber sudah ditegur tetap berdegil dan buat konten yang sama

Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @ConfessionLocal, difahamkan orang ramai sudah menegur YouTuber terbabit namun dia bersama ahli kumpulannya dilihat tidak mengendahkannya dan tetap melakukan konten yang sama.

“Anak-anak kita, adik-adik kita mungkin selalu tonton channel Am nie. Ramai anak muda minat mereka ini. Hati-hati!

“Dikhabarkan mereka hasilkan video dalam sebuah rumah, tak kira siang atau malam, juga sampai ke kolam renang.

“Lelaki dan perempuan bercampur, tiada pantauan orang tua. Lepak seperti duduk sebuah rumah dengan alasan kerja dan rumah itu sebagai office. Ibarat pergi travel bersama, bilik asing,” ciapnya.

Mainkan isu agama, prank tangkap basah dan sebagainya

Malah mereka turut didakwa memainkan isu agama apabila pernah tular membuat konten ‘prank’ pasangan ditangkap basah, prank perempuan hamil serta lelaki menilai pakaian wanita berjubah dan berpurdah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Niqab Is Not A Fashion” – Ramai Bengang, YouTuber Buat Konten ‘Rate & Review’ Perempuan Pakai Purdah [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Konten Tak Berfaedah” – Netizen Tak Setuju Youtuber Buat Video Kenakan Kawan Dengan ‘Prank’ Tangkap Basah [Video]

Apa yang lebih membimbangkan, YouTuber ini mempunyai jumlah mencecah 2 juta lebih orang di laman YouTube yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta remaja sekolah.

“Ramai fans (peminat) mereka siap buat group Telegram lagi, kalau ditegur bocah (budak) ini akan menyerang kita balik. Saya menyeru, kita boikot konten mereka.”

Twitter/ConfessionLocal

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju agar orang ramai membuat laporan untuk menyekat saluran YouTube tersebut.

Tidak hanya itu, mereka juga berharap agar pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap geng YouTuber terbabit kerana mendakwa mampu menyebabkan generasi muda terjerumus ke arah kemaksiatan.

Ramai dah mula block saluran YouTube terbabit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.