fbpx
Now Reading
‘Apa Kepentingan Topik Ini?’ – Cikgu Terkejut Lihat Soalan Tukaran Mata Wang Dalam Subjek Matematik Darjah 3

‘Apa Kepentingan Topik Ini?’ – Cikgu Terkejut Lihat Soalan Tukaran Mata Wang Dalam Subjek Matematik Darjah 3

Menerusi gambar yang dikongsikan Cikgu Fadli Salleh, murid diminta menukar Ringgit Malaysia dengan mata wang asing antaranya seperti mata wang negara Vietnam, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekolah merupakan pusat menimba ilmu buat semua individu di atas muka bumi ini. Sebut sahaja tentang sekolah, selain daripada guru, pasti daripada kita akan teringat senarai mata pelajaran yang diajar di situ.

Antara subjek yang paling mendapat perhatian adalah subjek Matematik. Ini kerana ia merupakan subjek yang diminati oleh segelintir individu, namun ada juga yang tidak menyukai subjek ini kerana kesukarannya.

Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan silibus mata pelajaran pada masa kini telah dilihat banyak berubah antaranya seperti subjek Matematik terutama di peringkat sekolah rendah. Ini kerana tahap kesukaran dan silibus yang diajar lebih sukar berbanding zaman dahulu.

Guru Terkejut Lihat Silibus Ajar Kadar Mata Wang

Kesukaran subjek Matematik dapat dilihat apabila guru Matematik sendiri yang terkejut melihat silibus mata pelajaran berkenaan.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook Cikgu Fadli Salleh berkata beliau pada mulanya mahu membuat persiapan mengajar sebelum masuk ke kelas.

Bukan Sahaja Budak, Pegawai Bank Pun Tak Boleh Jawab

Namun, apa yang mengejutkannya adalah sub topik berkaitan kadar mata wang yang bakal diajar dirasakan tidak bersesuaian dengan murid tahun tiga.

“Sat (kejap) lagi nak masuk mengajar kelas tahun 3. Topik Wang. So sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak bagi bersedia ajar pasni.

“Bukak je page ni, Awak ni siapa? Awak tinggal kat sini ke? Apa benda ni? Tak dak akidah punya soalan.

“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab okay,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Berdasarkan kepada gambar yang dikongsikan menerusi hantaran itu, murid-murid diminta untuk menukarkan kadar mata wang Malaysia iaitu Ringgit dengan mata wang asing antaranya seperti mata wang negara Vietnam, Brunei, Singapura dan Myanmar.

Persoal Kepentingan Topik Kepada Budak Tahun Tiga

Menurut Cikgu Fadli, dia merasakan sub topik berkenaan tidak sesuai dengan keupayaan murid-murid tahun tiga.

Malah, dia juga yakin bahawa penggubal silibus itu sendiri juga tidak mampu memberi jawapan yang betul sekiranya ditanyakan soalan yang sama.

“Apa kepentingan topik ni buat budak darjah 3? Tolong penggubal silibus ni senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni.

“Ini kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab melainkan dia Google dahulu,” tulisnya lagi.

Harap Ada Perubahan Pada Silibus Sedia Ada

Menerusi hantaran tersebut, dia turut berharap agar wujudnya silibus yang baharu bagi menggantikan yang sedia ada.

“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak dok belajar la ni.

“Aku nak skip ja muka surat ni. Ni kalau ada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) ke, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) ke, Nazir ke, orang BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) ke datang tanya kenapa skip, aku suruh dia mengajar topik ni. Haishhh,” tulisnya lagi.

Menurut guru berkenaan, gambar yang dikongsikan itu adalah daripada buku aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sat lagi nak masuk mengajar kelas tahun 3. Topik Wang. So sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Sunday, 24 September 2023

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh guru Matematik itu.

Kebanyakannya menyifatkan silibus pada masa kini terlalu sukar terutama buat murid-murid di peringkat sekolah rendah.

Malah, ada yang berpendapat individu dewasa juga tidak mampu memberi jawapan yang tepat berkenaan kadar mata wang asing.

Yang Kerja Bank Pun Tak Hafal Aihh, Setiap Saat Tengok Skrin

Nak Bagitahu Currency Hari-Hari Berubah, Dia Nak Currency Hari Apa

Fuhh Lain Macam Soalan Budak Darjah Tiga

Melampaunya, Orang Nak Travel Pun Jenuh Google Rujuk Currency Converter

Bukan Tahun 3 Je, Tahun 1 Pun Tinggi Sangat Silibusnya

Baca Artikel Berkaitan: Dr Radzi Jidin Ajak Berjumpa Selepas Cikgu Fadli Salleh Dakwa Bakal Dibuang Kerja

Baca Artikel Berkaitan: Keputusan Tatatertib Cikgu Fadli Akan Diketahui Hari Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.