fbpx
Now Reading
Keputusan Tatatertib Cikgu Fadli Akan Diketahui Hari Ini

Keputusan Tatatertib Cikgu Fadli Akan Diketahui Hari Ini

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan itu, surat penjelasan bertulis dari pihak cikgu Fadli sudah diterima pada 14 Oktober lalu dan lembaga tatatertib telah bersidang semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, media sosial hangat memperkatakan isu mengenai seorang guru yang bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya kerana kelantangannya membangkitkan isu-isu besar yang melibatkan pendidikan dan pelajar sekolah.

Perkara tersebut turut dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya sehingga mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Baca artikel berkaitan: Dr Radzi Jidin Ajak Berjumpa Selepas Cikgu Fadli Salleh Dakwa Bakal Dibuang Kerja

Keputusan mesyuarat akan diserahkan kepada Cikgu Fadli hari ini

Susulan itu, keputusan hasil mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang semalam (17 Oktober), akan diserahkan kepada guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli pada hari ini.

Menurut Dr. Radzi, beliau baru dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan tamat sebentar tadi (semalam) di mana dokumen keputusannya akan diuruskan pihak urusetia lembaga itu.

“Pihak urusetia di lembaga berkenaan akan sampaikan keputusan mesyuarat kepada ketua jabatan Mohd. Fadli. InsyaAllah, esok (hari ini) beliau (Cikgu Fadli) akan menerima keputusan itu,” katanya semalam.

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memaklumkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang selepas menerima surat penjelasan yang dikemukakan oleh Cikgu Fadli pada Jumaat lalu (14 Oktober).

Surat yang diterima Cikgu Fadli tidak bermaksud hukuman sudah dijatuhkan

Surat yang diterima Cikgu Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Untuk info, Nama Cikgu Fadli bukanlah satu nama asing di kalangan para ibu-bapa dan guru di Malaysia. Dengan pengikut melebihi 600,000 di Facebook, Cikgu Fadli dikenali sebagai seorang pendidik yang berjiwa besar malah begitu menitikberatkan kebajikan para pelajarnya.

Malah beliau turut dikenali dengan kelantangannya menyuarakan isu-isu besar mengenai anak murid seperti beg sekolah berat dan juga silibus pelajaran sekolah rendah yang menurutnya menyukarkan pelajar.

Cikgu Fadli juga sebelum ini pernah memenangi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s pada tahun 2019 bersama 24 guru lain di Malaysia.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.