fbpx
Now Reading
“Kalah Pengetua”- Makcik Cleaner Dapat Banyak Hadiah Daripada Pelajar Sekolah Sempena Persaraan [Video]

“Kalah Pengetua”- Makcik Cleaner Dapat Banyak Hadiah Daripada Pelajar Sekolah Sempena Persaraan [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan makcik cleaner dan anaknya membaca surat dan kad ucapan diberikan oleh para pelajar yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menjaga kebersihan di kelas mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain guru, kakitangan yang berada di sekolah turut memainkan peranan penting kepada pelajar dan juga persekitaran sesebuah institusi.

Malah mereka juga turut menjadi ‘mata-mata’ guru dalam memastikan murid di sekolah mematuhi peraturan.

Oleh itu, tidak kiralah siapa kakitangan tersebut baik pengawal, kerani, tukang kebun atau makcik ‘cleaner’, pelajar perlu menghormati, menunjukkan sikap yang murni dan kasih sayang kepada mereka.

Makcik cleaner sekolah terima banyak hadiah daripada pelajar ketika bersara

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang sebelum ini bekerja membersihkan kawasan sekolah (cleaner) mendapat hadiah yang banyak ketika hari persaraannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syimaa yang juga anak kepada wanita yang dikenali sebagai Makcik Midah menunjukkan sebuah sofa yang dipenuhi hadiah yang diterima ibunya dari pelajar-pelajar sekolah sebagai tanda penghargaan.

Malah Syimaa mengatakan, hadiah yang diterima oleh ibunya ketika bersara itu sama seperti pengetua atau guru besar.

“Ini bukan bersara cleaner ni, ini bersara pengetua ni. Banyaknya hadiah,” katanya sambil ketawa.

Turut baca surat dan ucapan yang diberikan pelajar

Bukan hanya itu, mereka turut membacakan beberapa kad ucapan yang diberikan oleh para pelajar yang menyatakan mereka menyayangi ‘Makcik Midah’.

Apa yang lebih menarik perhatian, Makcik Midah mengenali setiap pelajar yang memberikan kad ucapan tersebut.

@symazani

NAK TENGOK CARD PART 2 roger 🤣🤣🤣 #fyp #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – SyimaA – SyimaA

Ucap terima kasih kerana bersihkan kelas

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut kerana telah membersihkan kelas mereka.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan kelihatan para pelajar melambai-lambai Makcik Midah ketika hari terakhir dia di sekolah itu selain turut menunjukkan beberapa hadiah yang dimilikinya.

@symazani

Replying to @🅘🅝🅐 🅐🅩🅡🅘🅝🅐 hantar sampai rumah ya gaiss 🤣🤣🤣 #fyp #fypシ

♬ original sound – SyimaA – SyimaA
@symazani

Replying to @iekaaa done unboxing kata. Haha hadiah dah bukak duluuuu sebab esaiteddddd #fyp #fypシ

♬ original sound – SyimaA – SyimaA

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan Makcik Midah merupakan seorang yang sangat baik dan disayangi oleh semua warga di sekolah tersebut.

Dia juga tidak bernah berkira dan berharap agar ibu Syimaa tidak melupakan mereka.

“Acik cleaner kesayangan murid ni. Mesti jaga macam anak atau cucu tu disayangi. Terima kasih acik Midah menjaga kebersihan”

“‘oh Zakwan kesian’ nampak macam ibu-ibu kita sangat acik ni, patut disayangi ramai”

“Dia mesti Makcik cleaner yang baik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.