fbpx
Now Reading
RM240,000 Simpanan Asas Untuk ‘Bersara Secara Bermaruah’, Kata Ahmad Maslan

RM240,000 Simpanan Asas Untuk ‘Bersara Secara Bermaruah’, Kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan I turut mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diambil oleh rakyat bagi mencapai sasaran simpanan minimum RM240,000 menjelang usia persaraan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan beberapa siri pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pandemik COVID-19 banyak membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.

Namun, implikasi dari pengeluaran berturut-turut menyebabkan sebanyak 71% atau dua per tiga ahli yang aktif mencarum KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah berada dalam situasi yang menakutkan.

Ini kerana jumlah dana yang disimpan adalah tidak mencukupi untuk bersara dan melebihi paras kemiskinan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengemukakan jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Seri Amiruddin Shari di Dewan Rakyat pada Februari yang lalu.

Rakyat Perlu Ada Simpanan RM240,000 Untuk Bersara Secara Bermaruah

Terbaharu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata rakyat perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM240,000 simpanan asas sebagai paras sasaran apabila mencapai usia 55 tahun.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan anggaran RM1,000 sebulan bagi tempoh 20 tahun selepas usia bersara.

“Jangka hayat rakyat Malaysia adalah sehingga 75 tahun dan mereka perlu ada dana persaraan yang mencukupi untuk bersara dengan bermaruah.

“Simpanan asas sebanyak RM240,000 cukup untuk menyara secara purata RM1,000 sebulan dan rakyat perlu memikir simpanan hari tua dengan kadar minimum itu,” kata beliau.

Cadang Beberapa Kaedah Untuk Mencapai Sasaran Simpanan Asas Persaraan

Bagi mencapai sasaran itu, beliau turut mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diambil oleh rakyat bagi mencapai sasaran simpanan minimum RM240,000 menjelang usia persaraan.

Antara kaedah yang boleh digunakan adalah individu bekerja dengan syarikat yang menawarkan gaji lebih tinggi selain membuat caruman secara sukarela.

Malah, beliau turut menyarankan agar pekerja yang bekerja dalam sektor tidak rasmi membuat simpanan melalui i-Saraan yang diperkenalkan oleh KWSP.

“i-Saraan dibuka kepada semua yang bekerja tanpa majikan dan boleh mencarum secara sukarela dengan menerima insentif khas daripada kerajaan bagi tujuan persaraan.

“Setakat Jun, lebih 500,000 rakyat Malaysia sudah mendaftar caruman sukarela itu dan kita sarankan lebih ramai menyertainya kerana selain menerima insentif, pencarum juga mendapat dividen bergantung jumlah caruman,” ujar beliau lagi.

Untuk info, melalui aplikasi KWSP i-Akaun, pencarum boleh menganggarkan berapa simpanan yang boleh dilakukan melalui aplikasi ini bagi mencapai sasaran simpanan persaraan yang ditetapkan dengan menggunakan kalkulator simpanan persaraan.

Aplikasi ini boleh dimuat naik melalui Apple Store bagi pengguna iOS, Google Playstore bagi pengguna Android dan di AppGallery bagi pengguna Huawei.

Foto: Aplikasi KWSP i-Akaun

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Tak Halang KWSP Laksana Pengeluaran Secara Bulanan Mandatori Untuk Pesara – PM

Baca Artikel Berkaitan: Ada Pesara Yang Ingin Kembali Bekerja, Had Umur Persaraan di Malaysia Wajar Diperhalusi Semula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.