Now Reading
“Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan” – MK Jawab Tentang Video Peminat Cium Pipi

“Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan” – MK Jawab Tentang Video Peminat Cium Pipi

https://www.instagram.com/p/B28XM4Zlnby/https://twitter.com/sufikhal/status/1177895419612782593?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1177895419612782593&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ohmymedia.cc%2Fsuka-hati-cium-mk-k-clique-wanita-kehausan-dilabel-murahan%2F

Tindakan seorang wanita yang bertindak mencium penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin menjadi bualan hangat di media sosial sejak kelmarin.

Menerusi video yang tersebar, kelihatan MK dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar dengannnya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak di luar kawalan.

Malah riak wajah MK ketika itu jelas kelihatan sangat terkejut dan tidak selesa di atas tindakan peminat wanita berkenaan.

Malah ada lagi satu video yang dimuat naik netizen wanita yang sama mencium tangan MK semasa die sedang membuat persembahan.

Bagaimanapun, MK memberitahu perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana wanita tersebut sudah pun menghubunginya untuk memohon maaf. Dalam pada itu, MK turut meminta pihak yang bertanggungjawab memadam video berkenaan.

“Perkara itu bukan serius sangat pun, wanita itu sudah sedar dia buat silap dan hubungi team saya untuk minta maaf. Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan,” katanya kepada mStar Online.

See Also

Video tersebut menerima kecaman netizen, malah ada menyifatkan perbuatan tersebut sebagai salah satu gangguan seksual kepada artis tersebut.

Tidak kurang juga, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap wanita itu yang tidak mempunyai rasa malu dan ada yang melabel wanita itu perempuan murah.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.