Mati Akibat Renjatan Elektrik Daripada Handphone Yang Dicas Ketika Tidur

Seorang pemuda maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas selepas tertidur ketika bermain permainan atas talian di Chonburi, Thailand pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, Sastra Mo-in, 25, sebelum itu bermain permainan berkenaan menggunakan pelbagai peranti elektronik di atas katil dan salah satu daripada telefon bimbitnya sedang dicas.

Menurut ibu saudaranya, Watchareeporn Mo-in, 57, dia melihat mangsa yang tidak sedarkan diri dalam kebiruan ketika masuk untuk mengemas rumah.

Katanya, dia melihat tangan kiri anak saudaranya turut melecur dengan teruk.

“Dia sentiasa menghabiskan masa terlalu lama menggunakan telefon bimbit dan bermain permainan atas talian. Sudah beberapa hari saya melihatnya tertidur ketika telefon bimbit sedang dicas,” katanya.

Polis yang tiba di tempat kejadian itu kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan kes itu ditutup memandangkan kematiannya tidak mempunyai unsur mencurigakan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

7 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

9 hours ago