“Tak Pernah Terfikir Nak Report Polis” – Black Tegur Haneesya Hani Agar Tidak Cepat Melatah

Kisah Haneesya Hanee, pemenang Artit Baru Wanita Popular ABPBH32 memang menjadi perhatian segelinap masyarakat . Dari perkara di  di zaman Dewi Remaja, sampailah ke cerita di ABPBH32 , kisah Haneesya sentiasa menjadi buah mulut netizen, dan ada segelintir yang mencerca menyebabkan  ibunya hampir menyaman dua orang netizen baru-baru ini.

Baca artikel berkaitan : Ibu Haneesya Hani Buat Laporan Polis

Terbaru penyanyi Black Hanifah tampil memberikan sedikit nasihat kepada gadis tersebut agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya sering dijadikan bahan jenaka.

Dipetik dari Mstar, Juara Mentor Edisi ke 3 itu berkata, kekurangan dan keunikan yang dimilikinya itu sepatutnya dijadikan sebagai senjata untuk dia terus kekal dalam industri.

“Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti media sosial.

“Dia masih terkejut bila orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia, jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata”  kata Black kepada portal berkenaan.

Dalam pada itu Black turut menyatakan yang dia sendiri tidak pernah terasa hati dan merasakan warna kulit gelap adalah satu kelebihan yang ada pada dirinya.

“Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya black kerana saya sedar saya seorang lelaki yang berkulit gelap. Tetapi kulit gelap inilah saya mendapat tempat dalam industri.”

“Saya rasa kalau saya putih, orang takkan kenal saya, Black adalah hitam dan hitam adalah manis. Pada saya Haneesya mempunyai identiti tersendiri, bila orang sebut sahaja namanya sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya “ kata Black lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago