Now Reading
“Jangan terlalu taasub!” -Alif Satar Bagi Nasihat Kepada Peminat BTS

“Jangan terlalu taasub!” -Alif Satar Bagi Nasihat Kepada Peminat BTS

Penyanyi Alif Satar menasihati orang ramai agar tidak terlalu taasub terhadap artis kesayangan hingga mencetuskan pelbagai sentimen tidak sihat.

Jelas Alif, tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang individu untuk meminati bintang pujaannya namun perlulah bijak mengawal perasaan dan tingkah laku.

“Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.

“Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai 8 orang itu memang betul pun.

“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.

Bagaimanapun, maklumat itu dikecam kumpulan peminat BTS Army menyatakan bahawa kumpulan itu dianggotai 7 ahli.

Padahal, lagu itu sememangnya dinyanyikan seramai 8 artis iaitu 7 ahli kumpulan BTS berkolaborasi bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.

Sumber : Gempak.com

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.