Now Reading
“Adik, Ibu Marah Adik Sebab Sayang…” – Pasukan Bomba Dipuji Selamatkan Kanak-Kanak 10 Tahun Terjun Dari Tingkat 19

“Adik, Ibu Marah Adik Sebab Sayang…” – Pasukan Bomba Dipuji Selamatkan Kanak-Kanak 10 Tahun Terjun Dari Tingkat 19

Gara-gara telefon pintar, seorang kanak-kanak hampir terjun dari luar tingkap rumahnya di tingkat 19, sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru, petang semalam.

Difahamkan insiden mencemaskan itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut berkelahi dengan ibunya kerana masalah berkaitan telefon bimbit.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku sekitar 4.01 petang selepas pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, seramai 19 anggota bersama dua jentera membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang berada luar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

“Pihak Bomba membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di media sosial, seorang pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin cuba berbual dan memujuk mangsa masuk ke dalam.

“Abang dah marah ibu dik, tinggi ni dik. Jom abang belanja.

“Ibu marah adik sebab ibu sayang,” kata Bomba itu.

Anda boleh lihat rakaman video tersebut di bawah:

Menerusi ruang komen, rata-rata melahirkan rasa syukur apabila kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Kebanyakan mereka, memuji cara anggota bomba itu memujuk kanak-kanak tersebut.

https://www.facebook.com/watch/?v=250277549200469

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.