
“Buat lelaki Melayu, pergi jaga bini kau, pakaian dalam koyak pun kau tak belikan baru” – Zarina Anjoulie ‘Sekolahkan’ Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sedang hangat dilamun cinta dan begitu terbuka berkongsi kemesraan dengan kekasih barunya yang mengabdikan cinta mereka dengan ukiran tatu di dada, ada pula netizen yang kurang senang dengan perkongsian Zarina Anjoulie.

Malah, ada yang mendakwa teman lelakinya dikenali sebagai Gary masih lagi berstatus suami orang dan menggelar Zarina perampas.
Bengang dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Zarina memuat naik satu video menjelaskan perkara sebenar. Agak berang juga, dia turut ‘sound’ lelaki Melayu tidak perlu sibuk mengambil tahu tentang hal dirinya. Lebih baik untuk jaga hal dan keluarga masing-masing dan belikan pakaian dalam baru untuk isteri.
Buat lelaki Melayu pergi jaga bini kau. Tipikal orang Malaysia, kalau kahwin dengan orang Melayu tu, bini kau confirm dah sepuluh tahun spender, coli dah koyak-koyak pun kau tak belikan baru
Kata Zarina lagi, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kehidupannya. Kekasihnya itu dapat menjaga dirinya dengan baik.
Ini pesanan dari Zarina Anjoulie buat lelaki Melayu ????
Posted by ROTIKAYA on Saturday, 28 September 2019

Itulah, kalau usik Zarina dan tuduh macam-macam memang dia akan menyekolahkan’ netizen. Apa-apa pun, harapanya hubungan mereka berdua ini berkekalan.