Sultan Johor Beri Amaran Keras Kepada Pemburu Haram

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi penguatkuasaan lain meningkatkan operasi rondaan di kawasan hutan di Johor bagi membanteras aktiviti pemburu haram.

Melahirkan rasa kebimbangan baginda, Sultan Ibrahim bertitah negeri itu yang kaya dengan flora dan fauna, perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya.”Amaran saya kepada pemburu tempatan, warga asing dan juga masyarakat Orang Asli jika mereka memburu harimau atau binatang lain maka awak akan diburu semula.

“Saya mahu Perhilitan tingkatkan operasi dan rondaan bagi membanteras kegiatan atau aktiviti pemburuan haram di hutan-hutan di Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.Kenyataan baginda itu dimuatnaik oleh RPO menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut memaklumkan mengenai penemuan empat harimau termasuk dua harimau putih berhampiran Sungai Sayong, di Kota Tinggi, baru-baru ini. – BERNAMA

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago