fbpx
Now Reading
“Maaf Saya Bukan Perempuan Murah” – Baby Shima Bengang Salesman Kereta Mahu Ambil Kesempatan

“Maaf Saya Bukan Perempuan Murah” – Baby Shima Bengang Salesman Kereta Mahu Ambil Kesempatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4RBFx0nP59/

Penyanyi Baby Shima melalui Instagramnya mendedahkan dia hampir diperdaya oleh seorang salesman kereta yang difahamkan mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Baby Shima atau nama sebenarnya  Nor Ashima Ramli berkata, semuanya bermula selepas dia pergi ke sebuah showroom kereta berjenama buatan Jerman dengan hasrat untuk membeli kenderaaan tersebut.

Selepas semua dokumen bagi melengkapkan pembelian diserahkan, salesman tersebut bagaimanapun menghubungi Shima sekali lagi, namun bukan berkaitan pembelian, tetapi untuk memberi tawaran kepada Shima untuk menjadi duta kereta. Mereka kemudian bertemu sekali lagi bagi membincangkan tawaran berkenaan.

Namun, selepas mengadakan perjumpaan tersebut, Baby Shima begitu kecewa kerana mendakwa jurujual tersebut bagai mempunyai agenda tersendiri, bak kata pepatah ada udang disebalik batu!

“Nak berniaga buat cara berniaga! Saya tak nak buruk sangka! Korang fikirlah sendiri ya.. Nak di jadikan cerita, kelmarin Shima datang showroom kereta, tengoklah kereta… Kemudian dokumen dah bagi semua.

“So hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta! So kita pun jumpalah lepas promo! Masa meeting kat A&W discus cantik je!

“Lalu masa manager Shima pergi toilet, tinggallah Shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta Shima datang seorang diri saja, nak deal dengan Shima je, konon sama Datuk tak perlu nak ajak team!

“Padahal waktu mula-mula meeting sama manager cakap lain… Now cakap lain pula! Nak jumpa personal! Direct Shima sahaja.. Korang rasa apa? Depan manager Shima tak pula berani nak cakap macam tu ajak jumpa personal,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik video ketika mencuba sebuah kereta mewah di showroom tersebut.

Shima menegaskan, dia bukan perempuan murahan yang boleh dipergunakan dan tidak akan berurusan lagi dengan jurujual tersebut. Dia turut mempertikaikan tahap professionalisme individu berkenaan sedangkan dia dari syarikat besar.

“Maaf saya bukan perempuan murahan ya… Itu bukan cara kerja sebenarnya! Mana professionalism korang? Macam ni ke cara kerja company besar?

“Banyak lagi Audi R8 dan Mustang kat KL ni! Dari minat nak beli jadi menyampah! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah!,” soal Shima lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.